SEREMBAN: Tiga individu berdepan detik cemas apabila rumah mereka dipecah masuk empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang, dalam tiga kejadian berasingan di sekitar Rantau dan Mambau di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Nanda Maarof berkata, polis menerima tiga laporan daripada mangsa, iaitu seorang wanita dan dua lelaki berusia dalam lingkungan 24 hingga 54 tahun pada pukul 8 pagi hingga 8.38 pagi, berhubung insiden itu yang dipercayai dilakukan suspek sama.
"Hasil siasatan mendapati ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi, semua mangsa berada dalam rumah masing-masing dan keempat-empat suspek masuk ke dalam rumah dengan cara memanjat pagar serta masuk melalui pintu utama yang tidak berkunci.
"Mereka menggunakan parang untuk menakutkan mangsa, pada masa yang sama suspek menggeledah rumah mangsa dan mengambil barang-barang berharga sebelum melarikan diri melalui pintu utama," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kumpulan berkenaan berjaya melarikan sebuah kereta jenis Toyota Vios, barang kemas dan wang tunai milik mangsa.
Susulan itu, Nanda berkata, tiga kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, untuk menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Zafira Mohd Yusop di talian 013-2386281, selain menasihatkan awam supaya berhati-hati, sentiasa mengunci pintu rumah dan tidak mendedahkan diri kepada risiko jenayah. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Tiga kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Tiga individu berdepan detik cemas rumah dimasuki empat lelaki bersenjata
Suspek masuk ke dalam rumah dengan cara memanjat pagar serta masuk melalui pintu utama yang tidak berkunci.
Polis tahan tiga lelaki disyaki samun, curi kereta bersenjatakan parang
Polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kes samun bersenjatakan parang dan mencuri kereta Perodua Myvi berhampiran sebuah pangsapuri di Petaling Jaya di sini, Khamis lepas.