awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga individu termasuk anggota Rela direman kes tuntutan palsu

Bernama
Bernama
02/08/2023
08:30 MYT
Tiga individu termasuk anggota Rela direman kes tuntutan palsu
Ketiga-tiga mereka termasuk seorang wanita yang berusia 30-an itu ditahan di pejabat SPRM Labuan pada 2.30 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan. - Foto BERNAMA
LABUAN: Tiga individu termasuk dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) direman lima hari bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu berjumlah RM103,664 pada 2019.
Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Lovely Natasha Charles selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketiga-tiga mereka termasuk seorang wanita yang berusia 30-an itu ditahan di pejabat SPRM Labuan pada 2.30 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.
Suspek didakwa mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu kepada ibu pejabat Rela Sabah untuk tugasan rondaan bersempena dengan sambutan kemerdekaan di Labuan pada 2019.
Seorang daripada suspek tidak lagi berkhidmat dengan Rela, manakala dua lagi kini bertugas di pejabat Rela Labuan dan Tawau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tuntutan palsu
#anggota Rela
#SPRM
#Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan