awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
PM Anwar ucap selamat kembali ke sekolah
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga jawatan utama panel Tribunal Antigangguan Seksual sudah dilantik - Nancy Shukri

Bernama
Bernama
23/01/2024
07:47 MYT
Tiga jawatan utama panel Tribunal Antigangguan Seksual sudah dilantik - Nancy Shukri
Nancy bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pada program Back to School di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Tiga anggota panel Tribunal Antigangguan Seksual kini sudah dilantik serta memulakan tugas sejak Disember lepas.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata lantikan itu melibatkan tiga jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha.
"Mereka yang dilantik ini (anggota panel) adalah orang yang berpengalaman serta cekap dalam mengendalikan kes gangguan seksual.
"Memandangkan bangunan pejabat masih dalam proses ubah suai, perkhidmatan perlu disegerakan dan kita (kementerian) memberikan ruang pejabat sementara di bangunan kementerian di Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kembali ke Sekolah di Kampung Tanjong Bako di sini, hari ini.
Nancy berkata dua anggota panel yang akan dilantik kelak adalah masing-masing dari Sabah dan Sarawak bagi memudahkan pengurusan kes di kedua-dua buah negeri itu.
"Saya secara peribadi meminta seorang wakil dari Sabah dan Sarawak untuk mewakili kedua-dua negeri ini, Jabatan Peguam Negara akan memilih orang yang layak dan sesuai untuk memegang jawatan itu," katanya.
Pada 10 Oktober lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan perjawatan bagi penubuhan Tribunal Antigangguan Seksual.
Penubuhan tribunal itu bertujuan untuk menyediakan platform alternatif bagi menambah baik sistem perundangan dan pengendalian aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dengan kos minimum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#Tribunal Antigangguan Seksual
#ahli panel
#gangguan seksual
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan