KUANTAN: Tiga kakitangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan meminta suapan berkaitan perbekalan peralatan pejabat, tahun lepas.
Pengakuan Mustapa Hashim, 58, Mohd Nazrin Mohd Nasir, 38, dan Salina Kamarulzaman, 41, direkodkan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk mereka membantu Syarikat Pendang Jaya Sdn Bhd bagi mendapatkan projek membekal, menghantar dan memasang peralatan pejabat di Akademik Latihan Pertahanan Awam Malaysia di Kajang, Selangor.
Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Aliff Shaharuzaman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap semua tertuduh, selain memaklumkan Mohd Nazrin dan Salina telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada minggu lepas atas kesalahan sama.
Peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili Mustapa dan Salina, merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan atas alasan kewangan kerana kedua-duanya sudah berkahwin, selain Salina kini hanya menerima separuh gaji selepas ditahan kerja.
Mohd Nazrin pula yang tidak diwakili peguam merayu jumlah rendah diberikan kerana selaku anak sulung, dia menanggung ibu bapa yang merupakan pesakit angin ahmar selain dirinya menghidap penyakit tiga serangkai, serta menjalani rawatan kaunselor bagi keresahan.
Ahmad Zamzani membenarkan Mustapa dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan menyerahkan pasport antarabangsa ke mahkamah, serta melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan, manakala jaminan terhadap Mohd Nazrin dan Salina ditetapkan pada RM5,000 dengan seorang penjamin.
Beliau juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan menetapkan sebutan semula pada 11 April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
Tiga kakitangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan meminta suapan berkaitan perbekalan peralatan pejabat, tahun lepas. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kakitangan APM didenda RM28,000 terima suapan
Tertuduh didakwa menerima wang tunai berjumlah RM20,500 dan cuba mendapatkan RM18,000 tanpa balasan.
Tiga kakitangan APM mengaku tidak bersalah minta rasuah
Tiga kakitangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan meminta suapan berkaitan perbekalan peralatan pejabat, tahun lepas.