PETALING JAYA : Lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme yang ditemui di anak sungai adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid berkata, selepas laporan polis diterima, pasukan mencari dan menyelamat sudah melakukan pencarian di kawasan berkenaan.
"Kita sudah melakukan pencarian, tetapi kita tidak jumpa, ia tempat yang sama. Petang tadi (Rabu) kita juga mencari di kawasan ini.
"Polis akan menjalankan siasatan disebabkan lokasi ditemui ini adalah kawasan aliran air," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mohd Fakhrudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.
"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
"Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi yang terbabit iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk setempat yang turut bersama pasukan polis melakukan pencarian," katanya.
Pada Rabu, kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman.
Mohd Fakhrudin dilaporkan berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui kira-kira jam 10 malam.
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan ditemui kira-kira 200 meter dari kediamannya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 06 2023
Lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme yang ditemui di anak sungai adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa, kata Mohd Fakhrudin Abd Majid.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Bapa kongsi kisah anak autistik hilang, jadi pengajaran
Pengalaman berdepan kehilangan anak autistik selama tiga jam ketika berada di luar, menjadi pengajaran buat seorang bapa agar sentiasa menjaga emosi anak lelakinya yang kini berusia 7 tahun.
Polis cari saksi boleh bantu kes Zayn Rayyan
Polis juga turun semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak malang itu untuk mencari bahan bukti yang dapat membantu siasatan kes tersebut.
'Tidak sangka Zayn dibunuh, mahu pelaku diberkas' - Penduduk
Penduduk sifatkan kes adik Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai tragedi hitam.
Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut
Bedah siasat yang dijalankan selama lima jam itu mendapati memang ada kesan cedera pada bahagian leher mangsa dan beberapa bahagian tubuh lain.
Zayn Rayyan maut dicekik, ada pergelutan dengan pembunuh
Hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.
Adik Zayn Rayyan selamat dikebumikan
Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Sungai Buloh, Selangor pada jam 7 malam, Khamis.
Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai mati mengejut - Polis
Polis klasifikasi kematian Zayn Rayyan sebagai mati mengejut sehingga prosedur bedah siasat selesai untuk menentukan punca kematian.
Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat
Urusan pengebumian jenazah Zayn Rayyan bergantung kepada keputusan forensik pagi ini.
Menteri Besar ucap takziah kepada keluarga Zayn Rayyan
Amirudin mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan di syurga penuh nikmat.
Tiga kali pencarian di lokasi sama, Zayn Rayyan akhirnya ditemui
Lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme yang ditemui di anak sungai adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.