awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kedai dobi ingkar SOP diarah tutup seminggu

Bernama
Bernama
17/08/2020
02:47 MYT
Tiga kedai dobi ingkar SOP diarah tutup seminggu
Noorzainy berkata, pihak polis turut mengeluarkan kompaun masing-masing RM1,000 ke atas pemilik tiga kedai dobi itu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan. - Gambar fail
Tiga buah kedai dobi layan diri diarahkan tutup selama tujuh hari kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Kepala Batas, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula pukul 4 petang itu mendapati premis dobi tersebut tidak mencatat kehadiran dan mengambil suhu badan pelanggan.
"Selain itu, pemeriksaan kami juga mendapati kedai-kedai dobi itu juga membiarkan pelanggan yang hadir ke premis mereka tanpa memakai pelitup muka serta tidak menggunakan aplikasi QR My Sejahtera. Pihak KKM mengarahkan tiga kedai tersebut ditutup selama tujuh hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya pihak polis turut mengeluarkan kompaun masing-masing RM1,000 ke atas pemilik tiga kedai dobi itu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Beliau berkata polis bersama-sama KKM akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan di semua premis sekitar daerah SPU bagi memastikan pemiliknya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dobi
#kedai dobi
#KKM
#kompaun
#MySejahtera
#Noorzainy Mohd Noor
#operasi bersepadu
#pelitup muka
#pemeriksaan
#PKP
#PKPP
#polis
#SOP
#suhu badan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan