KUALA LUMPUR:Kerajaan mengumumkan pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang di Kudat bermula 30 Oktober sehingga 12 November depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD bagi ketiga-tiga lokaliti berkenaan merangkumi sebanyak 2,393 unit rumah yang melibatkan seramai 13,884 penduduk.
"SOP PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Bagaimanapun, kedai runcit dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 6 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli keperluan asas," katanya dalam sidang media di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 31 Oktober sehingga 13 November depan.
"Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Labuan bermula 17 Oktober sehingga 30 Oktober.
"KKM (Kementerian Kesihatan) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang dikesan dalam kalangan penduduk di Labuan," katanya.
Dalam pada itu, Ismail berkata, satu jawatankuasa telah dibentuk untuk melakukan tindakan dalam isu PKP.
Katanya, ia melibatkan perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
"Sekarang apa kita lakukan adalah jangka masa pendek, dan kita sedang merancang untuk membuat perancangan jagka masa panjang.
"Ada sembilan kluster diwujudkan untuk perancangan jangka masa panjang merangkumi semua semua sudut, sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan kesihatan
"Jawatankuasa ini telah dibentuk, menteri berkaitan telah dilantik mengetuai sembilan kluster tersebut, mereka sedang merangka cadangan jangka panjang dan sederhana ini untuk dibentangkan dalam jawatankuasa induk," katanya.
Astro Awani
Wed Oct 28 2020

PKPD bagi ketiga-tiga lokaliti terbabit merangkumi sebanyak 2,393 unit rumah melibatkan seramai 13,884 penduduk. - Gambar fail/ Bernama

COVID-19 | Kerajaan laksana PKPD di Kampung Tringgus, Kuching
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, bahagian Kuching, Sarawak bermula 12:01 malam ini, sehingga 21 Mac 2021.

Politik | UMNO akan jatuh jika 'berpisah' dengan Bersatu - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerajaan sedia ada tidak mampu kekal, sekiranya UMNO membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu. Menurutnya, kedua-dua parti itu memerlukan antara satu sama lain kerana kerjasama membabitkan beberapa parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional ketika ini berada pada keadaan goyah selepas tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

COVID-19: 1,683 jangkitan baharu, 24 kes dikesan di Perlis
Sejumlah 1,683 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di akaun Twitter peribadinya memaklumkan, negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 746 jangkitan baharu.

Jenayah: Dua sahabat diberkas buat senapang angin
Gara-gara cuba menjadi kreatif dengan membina senapang angin sendiri, dua sahabat menerima padah apabila diberkas pihak polis dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Dungun pada petang Rabu.
![[INFOGRAFIK] Statistik harian kes COVID-19 mengikut negeri (07 Mac 2021) [INFOGRAFIK] Statistik harian kes COVID-19 mengikut negeri (07 Mac 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894116/8967789641615117841312_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik harian kes COVID-19 mengikut negeri (07 Mac 2021)

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 07 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 07 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
![AWANI Sarawak [07/03/2021] - 201 kes baharu di Sarawak | Peningkatan kes membimbangkan AWANI Sarawak [07/03/2021] - 201 kes baharu di Sarawak | Peningkatan kes membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894113/8343693811615116506293_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [07/03/2021] - 201 kes baharu di Sarawak | Peningkatan kes membimbangkan
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: - Langkah kawal penularan COVID-19 di Rumah Panjang Berendam sedang diperinci - Semakin ramai petugas barisan hadapan di Sarawak sudah terima vaksin Saksikan AWANI Sarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Lambakan platform penstriman, sukarkan pemilikan hasil karya asli - Amir Muhammad
Cetak rompak satu isu yang berterusan kerana tiadanya titik pertemuan untuk menyelesaikannya di semua peringkat.

201 kes, dua kluster baharu di Sarawak
Sibu mencatat kes tertinggi di Sarawak hari ini dengan 75 kes dan dua kluster baharu.

201 kes, dua kluster baharu di Sarawak
Sibu mencatat kes tertinggi di Sarawak hari ini dengan 75 kes dan dua kluster baharu.

PKPD di Kg. Tringgus, ini 5 perkara penting kenyataan media Ismail Sabri
442 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, 430 dikompaun, 11 direman.

PKPD di Kg. Tringgus, Sarawak bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan juga akan melanjutkan tempoh PKPD di Kg. Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah, yang sepatutnya berakhir esok.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Mac 2021.

PKPD Kampung Serumah Daerah Kecil Siburan, Serian bermula esok
KKM mengesahkan masih berlaku penularan kes melibatkan penduduk di lokaliti terbabit.

246 individu ditahan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 106 operasi sanitasi dilakukan meliputi 34 zon merah, 10 zon jingga, 14 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara pada Khamis.

PKPD Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan sehingga 19 Mac - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan bermula 6 sehingga 19 Mac ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sekolah Henry Gurney: Pelatih baharu mungkin punca kes COVID-19 meningkat
Kemasukan pelatih baharu dari seluruh negara ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas di sini mungkin menjadi antara punca utama peningkatan kes positif COVID-19 di pusat berkenaan.

Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak
Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes di bandar minyak itu, melibatkan platform minyak dan gas di Baram.

PKPD di Sekolah Henry Gurney, Rumah Sewa Anong dan Beverly Hills
Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak 152 kes positif telah direkodkan yang melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 tahanan.