awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi suspek kes pukul pelajar, guru pusat tahfiz ditahan

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
13/08/2022
07:15 MYT
Tiga lagi suspek kes pukul pelajar, guru pusat tahfiz ditahan
Superintenden Azli Mohd Noor berkata, dua suspek termasuk suspek utama telah di tahan di Perhimpunan Yamaha RXZ Member 4.0 di Terengganu pukul 2 pagi tadi manakala seorang lagi di tahan di Felda Lepar Utara 1, Jerantut sekitar pukul 8 pagi.
LIPIS: Tiga lagi suspek kes pukul seorang pelajar dan seorang guru pusat tahfiz di Jalan Cheneras di sini yang tular di laman sosial semalam ditahan polis awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, dua suspek termasuk suspek utama telah di tahan di Perhimpunan Yamaha RXZ Member 4.0 di Terengganu pukul 2 pagi tadi manakala seorang lagi di tahan di Felda Lepar Utara 1, Jerantut sekitar pukul 8 pagi.
"Kita telah membentuk tiga pasukan melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Terengganu, JSJ Kontinjen Pahang dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis bagi mengesan ketiga-tiga suspek.
"Ketiga-tiga suspek berusia 30-an dibawa ke IPD Lipis untuk proses dokumentasi sebelum mendapat perintah tahanan reman dari mahkamah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan kawasan," katanya dalam sidang media di IPD Lipis, di sini, hari ini.
Menurut Azli, ketiga-tiga suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis heroin dan turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain kesemuanys turut memiliki rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.
Beliau berkata, berdasarkan laporan, kejadian dipercayai berpunca akibat suspek tidak berpuas hati terhadap penjaga pusat tahfiz berkenaan berkaitan pembayaran makanan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri selain perlu berbincang terlebih dahulu sekiranya timbul tidak puas hati terhadap pengurusan pusat tahfiz.
"Tindakan membuat serangan fizikal dan menceroboh pusat tahfiz adalah salah di sisi undang-undang malah kawasan tersebut terdapat pelajar bawah umur yang dilindungi di bawah Akta Kanak-kanak," katanya.
Azli dalam pada itu merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana membantu dan berkongsi maklumat sehingga tertangkapnya suspek.
“Saya menganggap kes ini telah selesai dan berharap orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi selain perlu mendapatkan maklumat sahih dari pihak polis berkaitan perkara yang tular di laman sosial," katanya.
Topic Berkaitan
#pusat tahfiz
#guru tahfiz cedera
#pelajar tahfiz dibelasah
#Kuala Lipis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan