awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ayuh bantu cipta logo dan mascot rasmi Sukan SEA 2027!
Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam tragedi bot karam di Indonesia
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga laluan ke Kuala Sanglang ditutup mulai 10 malam tadi - Polis

Bernama
Bernama
09/08/2020
03:38 MYT
Tiga laluan ke Kuala Sanglang ditutup mulai 10  malam tadi - Polis
Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 10 malam tadi di dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul. - Gambar fail
Tiga laluan utama ke Kuala Sanglang mula ditutup 10 malam tadi selepas kerajaan negeri Perlis mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO).
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata polis telah melakukan sekatan jalan raya (SJR) di empat laluan masuk ke Kuala Sanglang bagi membendung penularan wabak COVID-19.
"Empat SJR itu adalah di Simpang Tiga, Jalan Padang Keria, hadapan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Sanglang dan hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hun," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata sebanyak 20 orang anggota dan pegawai diletakkan pada setiap SJR.
"Orang ramai yang berada dalam kawasan TEMCO (Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul diminta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak penularan wabak," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan kerajaan Negeri Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 10 malam tadi di dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.
Perlis sehingga semalam mencatat 30 kes dengan 11 kes baharu daripada kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kampung
#kluster
#Kuala Sanglang
#laluan utama
#Perlis
#pesakit
#polis
#PUI
#Sekatan Jalan Raya
#Sivagangga
#Surina Saad
#TEMCO
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan