awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki curi besi untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo diberkas

Bernama
Bernama
30/12/2020
23:15 MYT
Tiga lelaki curi besi untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo diberkas
Penyelia melaporkan kehilangan batang besi yang diletakkan di kawasan dikenali sebagai CH 60417 Jalan Pan Borneo Sarikei/Bintangor. - Gambar fail
SIBU:Polis menahan tiga lelaki yang disyaki mencuri 80 batang besi bernilai kira-kira RM150,000 yang digunakan untuk membuat jambatan di Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarikei/Bintangor dekat sini awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi berkata ketiga-tiga suspek ditangkap sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Meradong, di Jalan Pedada Sibu berdasarkan maklumat awam.
Beliau berkata terdahulu seorang penyelia di tapak projek itu telah membuat laporan polis berhubung kehilangan besi berkenaan petang Isnin.
"Penyelia itu melaporkan kehilangan batang besi yang diletakkan di kawasan dikenali sebagai CH 60+417 Jalan Pan Borneo Sarikei/Bintangor melibatkan 50 batang besi berukuran enam meter dan 30 batang besi berukuran sembilan meter untuk pembinaan jambatan, " katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kesemua suspek berusia di antara 31 dan 37 tahun itu kini direman sehingga 2 Jan ini untuk disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sibu
#polis
#suspek
#besi
#reman
#tapak projek
#penyelia
#laporan polis
#batang besi hilang
#Sekam Anoi
#curi
#jambatan
#Lebuh Raya Pan Borneo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan