awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki didakwa bunuh remaja perempuan Orang Asli

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
29/08/2022
04:48 MYT
Tiga lelaki didakwa bunuh remaja perempuan Orang Asli
Mahkamah menetapkan 3 November depan untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
PEKAN: Tiga lelaki, termasuk salah seorang dari mereka sepupu kepada mangsa, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan atas tuduhan membunuh seorang remaja berusia 14 tahun, sembilan hari lalu.
Tertuduh, Rosli Bakar, 29 tahun, Helmet, 22 tahun, dan Murad Ahmad, 26 tahun, dari masyarakat Orang Asli Suku Jakun mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama telah membunuh seorang remaja berusia 14 tahun di hutan di simpang kawasan Perkuburan Lama Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin, antara jam 11.15 malam 20 Ogos hingga 7 pagi 21 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Luqman Hakim Mohamad Usai manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Ahmad Daniel Roslan.
Mahkamah menetapkan 3 November depan untuk sebutan semula kes.
Pada 23 Ogos lalu, polis menahan tiga lelaki di Bukit Ibam, Muadzam Shah, kerana disyaki terlibat dalam kes membabitkan kematian seorang remaja perempuan masyarakat Orang Asli.
BACA: Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli
Topic Berkaitan
#bunuh
#remaja
#Mahkamah Majistret Pekan
#perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan