awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
Tragedi lemas: Nor Baizura teruja ke pantai berkelah dengan keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
23/08/2022
04:40 MYT
Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli
Ketiga-tiga suspek yang merupakan Orang Asli ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang remaja perempuan Orang Asli yang ditemukan mati dengan kesan berdarah di tangan dan kepala dalam semak di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke rumahnya di Bukit Ibam, di sini pada Isnin.
Menurut, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, ketiga-tiga suspek yang merupakan Orang Asli ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan.
"Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebelum itu, beliau menjelaskan mayat mangsa berusia 14 tahun itu ditemui kira-kira jam 2.45 petang oleh salah seorang ahli keluarga dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala disyaki dibunuh.
BACA: Mayat remaja perempuan ditemukan, disyaki mangsa bunuh
Tambah Mohd Azahari, kehilangan mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dilaporkan bapanya di Balai Polis Bukit Ibam selepas remaja itu tidak pulang ke rumah pada malam kejadian.
"Susulan penemuan mayat mangsa, polis klasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,"katanya.
Sehubungan dengan itu, Mohd Azahari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis di talian 09-4145999 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Abdul Khaliq Mustopa di talian 019- 9999769.
Topic Berkaitan
#bunuh Orang Asli
#Rompin
#Remaja perempuan
#Bukit Ibam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan