Tiga suspek ditahan susulan penemuan mayat lelaki di kawasan hutan berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bintang Hijau, Jalan Kupang di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, penahanan ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan dalam kes tersebut.
Jelasnya, kes siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Khamis lalu, mayat mangsa, Mohamad Haniff Mat Zabidi, 24 tahun, ditemui orang awam sekitar jam 4 petang dalam operasi mencari dan menyelemat yang dilancarkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Ahad lepas.
“Mayat mangsa ditemui oleh orang ramai yang mencarinya dan mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi lanjutan proses bedah siasat,” kata Ismail ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelasnya lagi, polis sebelum ini dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa mangsa telah pergi ke hutan berhampiran untuk memburu namun tidak balik sejak Ahad.
Dalam pada itu, abang mangsa, Mohd Hazwan, 29 tahun, memberitahu aktiviti memikat burung merupakan hobi kegemaran adiknya dan ini bukan kali pertama mangsa pergi ke hutan berhampiran untuk tujuan itu.
“Saya tidak tahu mengenai kejadian adik saya hilang sejak Ahad lepas, sehinggalah saya pulang ke rumah di Kampung Charok Kapas, Baling bagi menguruskan jenazah ibu tiri yang meninggal pada Rabu lepas," katanya.
Menurut Hazwan lagi, motosikal adiknya turut ditemui dalam lokasi agak jauh dari lokasi mayat ditemui.
“Rasanya, adik saya meninggalkan motor miliknya di situ dan masuk ke hutan dengan berjalan kaki untuk memikat burung malah sehingga sekarang, kami sekeluarga tidak mengetahui sama ada dia masuk ke hutan itu berkumpulan atau berseorangan kerana dia tidak memaklumkannya sebelum masuk,” ujarnya lagi.
Jenazah mangsa yang merupakan anak kelima daripada enam beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Charok Kapas di Baling selepas solat Asar.
Menurut sumber, bedah siasat yang dijalankan menemui kesan tembakan di bahagian kepala mangsa.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Feb 24 2018

Kesemua suspek ditahan bagi membantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.

Orang hilang | Mayat nelayan ditemui anak sendiri di laut
Mayat seorang nelayan ditemui di dalam perahunya di perairan Laut Batu Payung, Tawau oleh dua anak lelakinya. Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65 tahun, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang Sabtu untuk memukat, namun gagal pulang sehingga tengah malam tadi.

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Politik | Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, berita yang tular itu adalah palsu.

10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

Mayat lelaki ditemui hanyut di Sungai Kinta
Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan ditemui hanyut dibawa arus di Sungai Kinta berhampiran jalan lombong, Tanjung Tualang di sini, pada Jumaat.

Mayat lelaki ditemukan terapung di luar Pulau Rusukan Kecil
Mayat seorang lelaki yang tidak dikenali ditemukan terapung di laut di luar Pulau Rusukan Kecil, kira-kira dua batu nautika dari jeti Labuan pada pagi Sabtu.

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemukan di Jalan Bangsar
Mangsa yang dipercayai berusia 30an itu ditemukan di tengah laluan di jalan tersebut pada jam 5.38 pagi oleh orang awam.

Mayat lelaki warga Bangladesh dengan kesan tetakan dijumpai di kebun sayur
Berdasarkan kesan kecederaan di dahi, lebam dipipi kiri dan lutut kanan mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul dan keras.

Mayat lelaki jatuh sungai ditemui terapung
Keluasan pencarian sejauh 2.4km dari semua arah bermula dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Gempar! Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Labuk
Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Labuk, dekat kawasan Sungai Sapi, pada Isnin.

Mayat dengan kesan luka ditemukan terapung di Kunak
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, mayat lelaki tersebut ditemukan seorang pemancing yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari memancing.

Mayat lelaki bertatu bunga ditemui terapung di Sungai Batang Rajang
Mayat seorang lelaki tanpa identiti dan bertatu bunga telah ditemui terapung di Sungai Batang Rajang berdekatan Kampung Hilir Kanowit pagi tadi.

Mayat mekanik ditemui terapung di tasik
Jasad mekanik ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan tertiarap dalam air.

Mayat diikat kabel ditemui dalam beg pakaian
Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam sebuah beg pakaian di Kawasan Public Palm Oil Jalan 3 Pandan Industri, Pandan Indah, ibu negara.