awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditahan menyamar polis dan samun

Bernama
Bernama
22/09/2025
15:45 MYT
Tiga lelaki ditahan menyamar polis dan samun
Tiga lelaki ditahan di Jalan Kampung Pasir awal pagi tadi kerana disyaki melakukan samun menggunakan senjata api tiruan dan menyamar sebagai anggota polis. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki ditahan di Jalan Kampung Pasir di sini awal pagi tadi kerana disyaki melakukan samun menggunakan senjata api tiruan dan menyamar sebagai anggota polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian pada 3.30 pagi itu, sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal Balai Polis Pantai telah membuat rondaan di Jalan Kampung Pasir, Pantai Dalam dan terserempak dengan empat lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata seorang daripada lelaki tempatan itu telah melaporkan bahawa tiga suspek mengacukan sepucuk pistol serta merampas kad pengenalan, telefon bimbit dan dompet miliknya.
"Suspek kemudian cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal namun berjaya ditahan oleh pasukan polis yang bertindak pantas di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis turut menemukan beberapa barangan dirampas iaitu sepucuk pemetik api berbentuk pistol (pistol tiruan), serta beberapa barangan peribadi mangsa yang berusia 17 tahun seperti telefon bimbit, dompet dan beg.
"Turut dirampas dua motosikal yang digunakan suspek berusia 26 hingga 35 tahun dalam kejadian berkenaan," katanya.
Hoo berkata modus operandi kumpulan itu ialah menyasarkan penunggang motosikal atau individu bersendirian dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan telah aktif sejak enam bulan lepas.
"Suspek kemudian akan menunjukkan pistol tiruan kepada mangsa dan melakukan pemerasan wang tunai atau barangan peribadi serta mengugut untuk dibawa ke balai polis jika enggan berkerjasama," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Tambah Hoo semakan rekod juga mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk masih dikehendaki bersabit kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiga lelaki ditahan
#samun
#menyamar anggota polis
#Jalan Kampung Pasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan