awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Jurutera rugi RM275,000 terperdaya penipuan pelaburan dalam talian
DUNIA
Israel dakwa bunuh pengasas bersama Hamas, Hakham Muhammad Issa
MALAYSIA
Pemandu, penumpang bas ekspres, persiaran wajib pakai tali pinggang keledar mulai 1 Julai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Tiga lemas bot terbalik di Pulau Perhentian

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
29/06/2025
01:15 MYT
Sponsor Banner
Tiga lemas bot terbalik di Pulau Perhentian
Anggota pasukan keselamatan mengangkat mayat mangsa bot karam di jeti untuk dibawa ke hospital. - Gambar ihsan Polis Marin Wilayah 3,Tok Bali
BESUT: Tiga pelancong maut selepas bot yang dinaiki mereka terbalik dalam kejadian Pulau Perhentian, di sini.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di hadapan sebuah resort kira-kira jam 10.30 malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, dalam ketika kejadian bot yang dinaiki 16 individu termasuk seorang pemandu bot dalam perjalanan pulang ke resort.
Katanya, semasa kejadian hujan lebat, laut bergelora dan ribut menyebabkan bot yang dinaiki tiga keluarga dari Pulang Pinang itu karam.
"Susulan kejadian itu pihak polis bersama penduduk kampung telah melaksanakan tindakan menyelamat dan berjaya menjumpai 15 penumpang dan seorang pemandu bot.
"Insiden itu telah menyebabkan dua kanak-kanak yang berusia 3 dan 10 tahun serta seorang lelaki berusia 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang penumpang kritikal," jelas beliau.
Azamuddin berkata, tiga mangsa yang meninggal dunia ialah Arumugam Sativelo dan anaknya, Sarrvihka yang berusia 3 tahun.
Sementara seorang lagi kanak-kanak yang juga maut dalam insiden itu ialah Vennpani Vijeya Raj, 10.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, 11 lagi penumpang dibawa ke Hospital Besut bagi mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#bot terbalik
#tiga maut
#insiden Pulau Perhentian
#laut bergelora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami