awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lemas semasa mandi laut di dua lokasi berbeza di Kuantan

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2014
23:36 MYT
Tiga lemas semasa mandi laut di dua lokasi berbeza di Kuantan
Keseronokan empat sekawan yang mandi-manda di dua pantai berbeza di Kuantan berakhir dengan tragedi selepas tiga daripada mereka mati lemas pada Ahad.
Seorang lagi daripada mereka sempat diselamatkan orang awam.
Di pantai Teluk Cempedak, seorang pelajar tingkatan dua, Tan Chi Kit berasal dari Taman Tas lemas ketika mandi-manda bersama empat rakannya.
Mayat Tan dijumpai di kawasan berbatu di pantai sama kira-kira jam 7:10 petang oleh pasukan penyelamat.
Sementara di Pantai Balok, mayat Aman Ahmad, 24, dari Felda Bukit Kuantan dijumpai jam 4:21 petang oleh orang awam.
Manakala mayat Wan Mohd Akran Yusuf, 25, dari Felda Bukit Goh dijumpai jam 6:25 petang.
Seorang daripada mereka, Muis Md Nor, 21, dari Bukit Kuantan terselamat selepas orang ramai menghulurkan pertolongan sebaik menyedari kejadian ini.
Kesemua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi bedah siasat.
Topic Berkaitan
#lemas
#teluk cempedak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan