Tiga mangsa bot karam di perairan Pengerang, Kota Tinggi pada Khamis termasuk seorang rakyat Singapura ditemukan selamat oleh nelayan di daratan Pulau Tekong, Singapura hari ini.
Ketiga mangsa yang mempunyai pertalian saudara, Ogeven Ogen, 14, dan Timutius Tan, 16, yang merupakan warga tempatan manakala Ong Gim Hong, 55, yang merupakan warga Singapura ditemukan terdampar jam 9 pagi tadi di Pulau Tekong.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata semua mangsa selamat dan dibawa ke Jeti Teluk Kabong, Pasir Gudang sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran.
"Mereka terdampar di pulau tersebut berkemungkinan selepas dihanyutkan ombak sejurus bot karam. Jarak antara jeti tersebut ke Pulau Tekong dalam anggaran 3 atau 4 batu nautika.
"Ogeven dan Timutius adalah sepupu berasal dari Teluk Kabong. Penemuan semua mangsa yang terdampar di pulau itu dimaklumkan Ketua Kampung Teluk Kabung kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pagi tadi.
"Mangsa memaklumkan bot yang dinaiki mereka karam selepas dipukul ombak semasa menjaring di perairan Pengerang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Nurul Hizam, kesemua mereka pergi menangkap ikan di perairan Pengerang pada 3 petang Khamis, namun tidak pulang dan gagal dihubungi sehingga keluarga mereka membuat laporan polis pada jam 9.45 malam.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada jam 10.30 malam tadi yang diselaraskan APMM meliputi keluasan 20 batu nautika persegi dengan menggunakan sebuah bot APMM dan bot Pasukan Polis Marin (PPM) dibantu nelayan tempatan.
"SAR ditamatkan pada jam 10.15 pagi tadi," katanya yang menasihatkan orang ramai dan komuniti maritim agar berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti di laut, sentiasa mengutamakan keselamatan dan peka dengan keadaan cuaca.
Sebarang kecemasan di perairan Johor segera hubungi talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Johor (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil.
Siti Nur Aqilla Omar
Fri Sep 18 2020
Mangsa memaklumkan bot yang dinaiki mereka karam selepas dipukul ombak semasa menjaring di perairan Pengerang. - APMM
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Lebih 90 maut tragedi bot karam di Mozambique
Bot nelayan yang bertukar sebagai feri penumpang itu mengangkut 130 penumpang iaitu jumlah yang melebihi kapasiti.
Bot nelayan karam, lima mangsa selamat
Kesemua mangsa berusia 34 hingga 39 tahun itu dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.
Bot karam: Empat hilang, seorang terselamat di Kapit
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang Khamis ketika bot yang dinaiki lima lelaki itu dalam perjalanan dari Melekun ke Nanga Tulie.
23 migran maut bot dinaiki karam di Senegal
Seramai 23 migran maut selepas bot dinaiki mereka menuju ke Eropah karam di luar pantai Saint-Louis di utara Senegal.
Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean.
Bot karam dipukul ribut, mayat pemancing ditemui
Mangsa ditemui pada jam 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.
Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan dipercayai hilang
Pasukan penyelamat Indonesia sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Dua sepupu lemas, bot karam di Sungai Perak
Dua sepupu ditemui lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai karam akibat arus deras di muara Sungai Perak.
Nelayan dikhuatiri lemas akibat bot karam di Bagan Datuk, ditemukan maut
Nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi, ditemukan maut.
Bot karam di Bagan Datuk, nelayan dikhuatiri lemas
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi.