KUANTAN: Identiti tiga mangsa lemas di kolam latihan sebuah kem tentera di Temerloh dekat sini dikenal pasti sebagai anak anggota di kem terbabit.
Mereka ialah Amar Mukhlis Mohd Anizan, 13, serta Aiman Syafiq Sudirman dan Muhammad Shafiq Aswad Shahril Naim, kedua-duanya berumur 11 tahun.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata kejadian itu diketahui selepas seorang rakan mangsa meminta tolong daripada anggota tentera sekitar 5.30 petang.
"Pasukan tentera yang tiba di kolam menemukan tiga helai baju di tepi kolam dan pencarian menjumpai mangsa pertama iaitu Aiman Syafiq pada 5.55 petang disusuli Muhammad Shafiq Aswad pada 6.10 petang dan Amar Mukhlis lima minit kemudian.
"Semua mangsa dikejarkan ke pusat perubatan di kem namun disahkan telah meninggal dunia oleh doktor di situ," menurutnya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Mazlan berkata bedah siasat akan dilakukan hari ini di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan.
Beliau berkata lokasi kejadian adalah kawasan larangan dan pihak tentera telah menutup tempat itu.
Siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut setakat ini.
Terdahulu, bomba melaporkan dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas disyaki mandi di kolam latihan kereta kebal sedalam tujuh kaki (kira-kira 2.1 meter) di sebuah kem tentera di Temerloh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden tiga kanak-kanak lemas di kolam latihan di kem tentera pada Jumaat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut setakat ini.
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Budak autistik ditemukan lemas jatuh Sungai Skudai
Mangsa ditemukan oleh anggota unit PPDA pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Tragedi jala ikan: Mayat isteri ditemukan, anak bongsu masih hilang
PDRM mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Lelaki Kemboja hilang ketika menjala di sungai ditemukan lemas
Mayat mangsa ditemukan terdampar di tebing sungai pada 12 tengah hari kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.
Lelaki warga asing ditemukan lemas di Tasik Kota Kemuning
Lelaki itu dipercayai terjun ke tasik dalam keadaan mabuk berdasarkan penemuan beberapa botol arak di lokasi kejadian.