awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga mangsa tanah runtuh Cameron Highlands, merupakan ahli keluarga

Zikry Halim
Zikry Halim
26/01/2024
10:21 MYT
Tiga mangsa tanah runtuh Cameron Highlands, merupakan ahli keluarga
Ismail (kiri) sewaktu sidang media bersama Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli (tengah) petang ini.- Foto Astro AWANI
CAMERON HIGHLANDS: Tiga daripada lima mangsa tragedi tanah runtuh di di Batu 54, Blue Valley, di sini pagi tadi adalah merupakan ahli keluarga.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, kesemua mangsa warga Myanmar terdiri daripada ayah, anak dan juga menantu.
Namun seorang daripada mereka telah ditemui pada operasi yang dijalankan pada sebelah pagi tadi.
Namun menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diteruskan pada malam ini akan memfokuskan beberapa lokasi yang dikesan dua ekor anjing dari unit pengesan K-9.
“Pasukan K-9 ada kesan beberapa lokasi di Sektor C kawasan pencarian.
“Pihak kami sedang mengorek kawasan tersebut menggunakan kaedah manual, dengan hanya menggunakan cangkul dan penyodok,“ tambahnya.
[TERKINI] Sidang media misi SAR mangsa tanah runtuh Cameron Highlands
Menurutnya lagi, keadaan kawasan yang tidak sesuai untuk dilalui sejauh tiga kilometer dari kem, menggunakan apa jua kenderaan menyukarkan lagi operasi.
“Kami sedang cuba masuk mengikut laluan lain untuk memasuki kawasan, namun setakat ini masih negatif,“ katanya lagi dalam sidang media bersama Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli di sini petang ini.
Setakat yang dilaporkan, keseluruhan 84 orang terlibat dalam operasi ini yang terdiri daripada pelbagai agensi menyelamat.
Sejumlah 30 anggota kebun, turut membantu misi operasi ini, berikutan penduduk tempatan lebih biasa dengan kawasan lokasi tanah runtuh.
Setakat 6 petang tadi, hanya dua mayat ditemui, manakala tiga lagi dikhuatiri masih tertimbus.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Cameron Highlands
#operasi sar
#Anjing pengesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan