KOTA TINGGI: Tiga masjid utama di bawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mula digerakkan dalam usaha kerajaan menyokong kempen #GengSubuhMacamJumaat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kempen itu akan diteruskan di peringkat Persekutuan, bertitik tolak daripada kejayaan kempen berkenaan yang dimulakan selebriti Alif Satar, ditambah pula dengan kejayaan Program Semarak Subuh oleh Kerajaan Negeri Johor.
Beliau berkata tiga masjid berkenaan ialah Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
Dengan mengekalkan slogan #GengSubuhMacamJumaat, Mohd Na'im berkata perancangan sedang dibuat bersama agensi berkaitan serta selebriti berkenaan dengan program pertama dijangka diadakan pada 27 Jan ini.
"Kita akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang berbuat kebaikan, sebab itu saya mengharapkan golongan belia macam Alif Satar dengan status yang dia ada sebagai selebriti, membawa anak-anak muda ini (ke arah kebaikan).
"Datuk Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) dan (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor) Mohd Fared Mohd Khalid pun ada sebut, semasa Menteri Besar hadir (pada Program Semarak Subuh) semalam, hampir menitis air mata terharu sebab lihat kebanyakan yang hadir ialah anak-anak muda. Subhanallah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kejayaan menghimpunkan lebih 12,000 jemaah pada Program Semarak Subuh dan kempen #GengSubuhMacamJumaat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn di Johor Bahru semalam, akan diteruskan di peringkat Persekutuan.
Program Semarak Subuh yang merupakan inisiatif Onn Hafiz, mula dilaksanakan 5 Jan tahun ini di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Johor membabitkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri ini.
Sementara itu, kempen #GengSubuhMacamJumaat yang dimulakan Alif sejak Disember tahun lepas juga mula menjadi ikutan ramai dan turut digerakkan pempengaruh lain di seluruh negara.
Dalam hal lain, Mohd Na'im yang berada di negeri ini untuk misi pascabanjir selama dua hari berkata lebih RM1.5 juta sumbangan dan bantuan pelbagai bentuk daripada enam agensi di bawahnya telah disampaikan.
Beliau berkata ia termasuk bantuan dari segi baik pulih rumah, barang keperluan peralatan pembersihan, kit solat, bank makanan serta pakaian terpakai dan berharap dengan bantuan dan sumbangan itu akan dapat meringankan beban mereka yang terjejas banjir bulan ini.
Terdahulu, Mohd Na'im menyampaikan sumbangan kepada 120 Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir di Kampung Sungai Telor, dekat sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Kempen itu akan diteruskan di peringkat Persekutuan, bertitik tolak daripada kejayaan kempen berkenaan yang dimulakan selebriti Alif Satar. - Gambar hiasan
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Program #GengSubuhMacamJumaat EAIC kukuhkan integriti penguat kuasa - Mohd Na'im
Program Ihya' dan Erat Ramadan Bersama #GengSubuhMacamJumaat yang dianjurkan EAIC mampu memupuk sikap integriti dan amanah.
PDRM sahut kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat'
PDRM menjadi agensi kerajaan pertama sahut kempen #GengSubuhMacamJmumaat yang digerakkan selebriti Alif Satar.
#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.
Terkesan teguran ustaz, Alif Satar perbetul diri
Alif bersyukur dan teruja kempen Geng Subuh Macam Jumaat mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam.