awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPO, DFP terus memupuk bakat muzik tempatan
Pertamina umum penemuan telaga minyak baharu di Sumatera
China siasat pembelian Manus oleh Meta bernilai AS$2 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, tiga cedera kereta terbabas ke dalam parit

Bernama
Bernama
23/08/2025
00:45 MYT
Tiga maut, tiga cedera kereta terbabas ke dalam parit
Tiga maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Sultan Sulaiman Shah, Banting, awal pagi tadi. - Gambar JBPM Selangor
SHAH ALAM: Tiga maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Sultan Sulaiman Shah, Banting, dekat sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya mendapat panggilan pada 3.56 pagi berhubung kemalangan membabitkan enam lelaki tempatan itu.
Susulan itu, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba sembilan minit kemudian.
"Terdapat enam mangsa tersepit dalam kereta dan telah berjaya dibawa keluar bermula 4.20 hingga 5.15 pagi.
"Tiga mangsa meninggal dunia manakala tiga lagi mengalami kecederaan antaranya di kepala, badan serta kaki. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan susulan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#tiga maut kemalangan
#Jalan Sultan Sulaiman Shah
#bomba Banting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan