KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mahu memanfaatkan masa tiga minggu yang ada bagi memperbaiki kelemahan pasukan khususnya meningkatkan keserasian semua pemain sebelum perlawanan Liga Super menentang Melaka United pada 5 April depan.
Beliau berkata kemenangan 2-0 dalam perlawanan Piala FA menentang Respect FC malam tadi adalah sesuatu yang baik untuk pasukan, namun bekas jurulatih kebangsaan itu masih tidak berpuas hati dengan prestasi pemain terutama keserasian antara mereka.
"Segi keputusan bagus untuk kita layak ke pusingan seterusnya tetapi segi prestasi masih lagi banyak kelemahan, kalau lihat banyak pertukaran dari skuad utama dan beri peluang kepada pemain lain tetapi belum dapat rentak lebih baik daripada saya jangkakan.
"(Dalam) Perlawanan ini keserasian masih lagi jauh, ramai pemain kesebelasan ditukar, keserasian masih kekurangan, dalam tiga minggu ini saya harap mereka bangkit dan tunjuk lebih keserasian sebelum menentang Melaka nanti," katanya pada sidang media di sini malam tadi.
Dalam perlawanan di Stadium Likas malam tadi, Sabah FC membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Ummareng Bacok pada minit ke-50, diikuti gol pemain pertahanan Nazirul Naim Che Hashim menyudahkan hantaran cantik daripada pemain import Park Tae-soo dari Korea Selatan pada minit ke-85.
Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan Dominic Tan dalam skuad kebangsaan, Kim Swee berkata pemain pertahanan itu harus memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk meningkatkan prestasi dan menimba pengalaman pada peringkat antarabangsa.
"Suatu peluang cukup baik untuk Dominic (Tan), beliau telah buktikan kepada kita dalam dua perlawanan sebelum ini bermain baik yang memberi peluang untuk bersama pasukan kebangsaan kelayakan Piala Asia nanti," katanya.
Pada 10 Mac lepas, Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu Kim Pan Gon menamakan 30 pemain termasuk Tan untuk berhadapan Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura sebagai persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan berhadapan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Singapura, sebelum bertemu pasukan Liga Singapura Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
Pemain Sabah FC Mohd Amri Yahyah (kanan) melakukan hantaran lintang kepada Ummareng Bacok untuk jaringan pertama Sabah FC mengatasi pasukan Respect FC dalam saingan Piala FA di Stadium Likas malam tadi. --fotoBERNAMA
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Disyaki terima rasuah, bekas Datuk Bandar PBT ditahan SPRM
Suspek lelaki berusia 63 tahun tersebut merupakan bekas Datuk Bandar di sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor.
McDonald's Malaysia kesal tindakan vandalisme
McDonald's Malaysia kesal dengan perbuatan sekumpulan individu yang melakukan vandalisme ke atas premis restoran dan bertindak agresif terhadap pekerja serta pelanggannya kerana tidak berpuas hati pencerobohan Israel ke atas Gaza.
Roslan Hussin masih lagi Pengarah JPNS, bertugas seperti biasa
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, setakat ini kementerian tidak menerima makluman berhubung dakwaan Roslan dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Rejim Israel terus nekad hancurkan pejuang Hamas
Benjamin Netanyahu dilaporkan terus nekad dengan agendanya bagi menghancurkan pejuang Hamas yang dianggap sebagai ancaman kepada rejim Zionis.
PIJ akan meneliti cadangan gencatan senjata dibentang AS
Cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden secara jelas memperlihatkan pendirian berat sebelah Washington dalam menyelesaikan genosid yang berlaku di Gaza dan Rafah.
Feri tenggelam di Afghanistan, 20 orang terkorban
Sekurang-kurangnya 20 orang dikhuatiri terbunuh akibat bot tenggelam semasa menyeberangi sungai di daerah Mohmand Dara.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Sabah FC tapis Awang import
Ong berkata, Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan pemain tersebut walaupun telah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari lalu.
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee
Sabah FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.
Piala AFC: Kim Swee tagih aura penyokong Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee menyeru penyokong Sabah FC agar dapat menjelmakan sokongan padu dalam menggalas misi Piala AFC bertemu wakil Vietnam, Hai Phong FC.
Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik
Usaha yang gigih dipamerkan setiap pemain Sabah, terutama Darren Lok, perlu diberikan pujian.
'Peluang tebus maruah negara'
Kim Swee percaya kehadiran Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine mampu beri 'kesegaran' buat Harimau Muda mengharungi tugasan kali ini.
Jurulatih tempatan, luar negara perlu jaga dengan penuh hormat - PJBM
Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia gesa semua pihak berkaitan untuk melayan kesemua jurulatih sama ada tempatan mahupun luar negara dengan penuh hormat.