Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis diisytihar sebagai kawasan penularan wabak anjing gila atau rabies.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan setakat ini 200 kakitangan veterinar dikerahkan di kawasan terlibat bagi membantu mengawal penularan wabak.
"Ketika ini pihak kementerian saya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil langkah sewajarnya seperti menangkap anjing-anjing liar.
"Langkah pengawalan itu perlu dibuat, sama ada anjing yang ditangkap itu perlu dimusnahkan atau tidak, ia terpulang kepada kebijaksanaan pihak terlibat," katanya lagi.
Buat masa ini, itu merupakan cara terbaik untuk elak wabak ini daripada terus merebak," katanya yang ditemui selepas menziarahi keluarga nelayan yang maut ketika menangkap ikan 24 Ogos lalu di Kampung Telok Kertang, Larut Matang.
Pada masa sama, beliau turut menyarankan semua pemilik anjing di seluruh negara untuk mengenakan vaksin terhadap anjing masing-masing di pusat veterinar.
Perlis diisytihar sebagai kawasan wabak anjing gila sejak 19 Ogos lalu di mana ia mencatatkan 22 kes gigitan.
Sementara Kedah dan Pulau Pinang masing-masing diumum kawasan wabak pada Khamis, mencatat lima kes dan dua kes setakat ini.
Israr Khalid, Mohammad Shafiq Mohd Noordin
Thu Sep 17 2015

SHABERY: Ketika ini pihak kementerian saya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil langkah sewajarnya seperti menangkap anjing-anjing liar.. -Gambar fail

Pelakon Jayashree Ramaiah dipercayai mati bunuh diri - Polis India
Seorang lagi pelakon India, Jayashree Ramaiah ditemukan mati tergantung di kediamannya di Bengaluru, semalam.
![[PROMO] Laporan Khas | Disebalik Perairan Selat Melaka [PROMO] Laporan Khas | Disebalik Perairan Selat Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/14271513091611651056560/1887262_8967789641611651606302_640x360.jpg)
[PROMO] Laporan Khas | Disebalik Perairan Selat Melaka

Thaipusam: Pulau Pinang tetap tidak benarkan perarakan pedati
Kerajaan negeri tidak mahu penganjuran sebarang upacara yang memerlukan rakyat berkumpul atas faktor keselamatan bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Lima individu didakwa 18 pertuduhan edar dadah
Seramai lima individu termasuk ketua sindiket didakwa 18 pertuduhan mengedar dadah di sekitar Johor Bahru sejak awal bulan Januari.

NUTP | Beri keyakinan kepada guru urus PdPR
Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa sehingga pembelajaran fizikal dilakukan semula kelak.

PdP | KPT komited mudahkan PdP penuntut IPT
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti. Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, KPT komited untuk memastikan semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mampu mendapatkan capaian internet walau di mana sahaja mereka berada.

Pegawai Imigresen didakwa 12 pertuduhan rasuah
Seorang pegawai imigresen didakwa 12 pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM800,000 bagi mendapatkan cop perakuan keluar masuk negara melibatkan warga asing.

AWANI Ringkas: Anwar failkan semakan kehakiman terhadap kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] NACSA, MKN keluar notis amaran susulan ancaman penggodam [TERKINI] NACSA, MKN keluar notis amaran susulan ancaman penggodam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/1045758381611649981560/1887256_31570730741611650104455_640x360.jpg)
[TERKINI] NACSA, MKN keluar notis amaran susulan ancaman penggodam
Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memandang serius berkenaan ancaman menggodam laman web kerajaan menerusi penularan video yang dimuat naik 'Anonymous Malaysia' dalam platform media sosial.

Ancaman serangan siber: Awas! NACSA keluar notis amaran
NACSA, MKN juga sedang berkerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.

Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.

SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.

MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand
Pengarah Negeri Kedah Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan di laluan kenderaan mendapati seorang rakyat tempatan cuba membawa masuk haiwan-haiwan tersebut dari Thailand.

Sarawak rangka program lebih berkesan hadapi rabies pada 2020
Program itu yang dirangka berdasarkan pengalaman Sarawak berhadapan rabies sepanjang tiga tahun lepas.

Rabies: Larangan pergerakan anjing di sempadan Sarawak-Kalimantan
Larangan tersebut yang berkuat kuasa mulai Jumaat merupakan salah satu langkah dalam usaha membasmi wabak rabies.

Enam kawasan baharu di Sarawak diisytihar kawasan jangkitan rabies
Antara kawasan terlibat ialah sebuah rumah panjang, Rh.Samueh Adeng di Engkilili yang terletak di luar 10 kilometer radius kawasan jangkitan rabies.

10,514 anjing peliharaan di Sarawak telah diberi vaksin - Uggah
ehingga 3 Mei, operasi khas Rabies fasa 1 hingga fasa 3 bagi daerah Lundu, Bau, Padawan, Samarahan dan Bandaraya Kuching telah berjaya dilaksanakan.

Op Rabies: Tiada peluru hidup digunakan dalam operasi
Petugas-petugas Op Rabies juga tidak dibenarkan masuk ke premis persendirian untuk mengambil tindakan ke atas anjing tanpa kebenaran pemilik.

Rabies: Jangan bawa anjing ke kawasan pewartaan sempena Tahun Baharu Cina
Sehingga kini perintah kawasan jangkitan penyakit rabies bagi daerah Larut Matang dan Selama yang dikeluarkan pada 14 Jan, masih berkuat kuasa dan belum ditarik balik.