awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pegawai, seorang pembantu penguasa Kastam didakwa guna dadah

Bernama
Bernama
08/05/2024
07:37 MYT
Tiga pegawai, seorang pembantu penguasa Kastam didakwa guna dadah
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta pengawasan polis maksimum tiga tahun. - Gambar hiasan
BATU PAHAT: Tiga pegawai dan seorang pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan dadah bulan lepas.
Norazmi Mohd Rashid, 40, Mohd Ruduan Yahya@Yahaya, 43, Salehudin Idres, 43, dan Mohamad Safiq Basman, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Norazmi, Mohd Ruduan dan Mohamad Safiq didakwa menggunakan dadah jenis amphetamine, Methdylenedioxy-Amphetamine (MDA) dan Methydylenedioxymethamphetamine (MDMA).
Kesalahan terbabit dilakukan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Salehudin pula dituduh menggunakan dadah jenis sama dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 38B akta serupa.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta pengawasan polis maksimum tiga tahun.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di pejabat bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat antara pukul 6.40 pagi hingga 7 pagi pada 28 April lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili Mohd Azlan Shah Mohd Allias dan Nazihah Abdul Rahim.
Terdahulu, Farah Wahida menawarkan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin, namun Mohd Azlan Shah memohon jumlah jaminan lebih rendah atas alasan kesemua tertuduh mempunyai tanggungan.
Mahkamah kemudian membenarkan keempat-empat mereka diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan 26 Jun sebagai tarikh untuk serahan dokumen serta pengurusan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#pegawai jkdm
#penguasa jkdm
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan