awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pekerja pembersihan loji kumbahan maut dipercayai terhidu gas

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
25/12/2020
12:47 MYT
Tiga pekerja pembersihan loji kumbahan maut dipercayai terhidu gas
Tiga pekerja pembersihan maut selepas dipercayai terhidu gas dari loji kumbahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, pada petang Jumaat. - Foto ihsan bomba
KUALA LUMPUR :Tiga pekerja pembersihan maut selepas dipercayai terhidu gas dari loji kumbahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, pada petang Jumaat.
Menurut Komander Operasi PGB Muhammad Ridhwan Kamarulzaman, empat puluh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Dalam, (BBP) Jalan Hang Tuah dan (BBP) Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 petang.
“Kejadian melibatkan enam mangsa lelaki dewasa yang merupakan kontraktor pembersihan telah mengalami masalah pernafasan kerana terhidu gas dari loji kumbahan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di dalam loji tersebut.
“Dua orang mangsa telah berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari loji sebelum pihak bomba tiba dan empat orang mangsa masih berada di dalam tangki loji tersebut,” jelasnya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Seorang daripada mangsa yang terlibat berjaya diselamatkan manakala tiga yang lain meninggal dunia di tempat kejadian.
Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) terpaksa dikerahkan untuk menaikan kesemua mangsa yang berada di dalam loji berkenaan.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#meninggal dunia
#Pantai Dalam
#loji kumbahan
#pekerja pembersihan
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan