awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelajar "Gadis Pailang" mengaku bersalah

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2014
11:47 MYT
Tiga pelajar "Gadis Pailang" mengaku bersalah
Ketiga-tiga pelajar berkenaan yang berusia 16 tahun telah dituduh melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan
Tiga pelajar perempuan yang dirakam terbabit dalam kes ‘video pailang’ yang pernah heboh di media pada awal bulan lepas telah membuat pengakuan bersalah.
Pengakuan tersebut dilakukan atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada individu lain.
Ketiga-tiga pelajar berkenaan yang berusia 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib itu telah dituduh melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sekolah yang sama.
Kejadian berkenaan berlaku pada bulan April 2014.
Pelajar-pelajar berkenaan telah mengaku bersalah di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman.
Hukuman akan ditetapkan pada 11 Julai ini selepas meneliti segala laporan akhlak mereka yang tertuduh.
Seorang tertuduh telah dikenakan dua pertuduhan iaitu mencederakan dan melakukan ugutan jenayah manakala dua lagi tertuduh telah dituduh atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Pendakwaan telah dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latif manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Kesemua tertuduh hadir ditemani oleh ibu bapa masing-masing dan dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan kesemua mereka dikehendaki melaporkan diri di balai polis berkaitan setiap minggu.
Pada awal bulan ini, video tertuduh yang membelasah mangsa di samping memanggil diri mereka pailang telah dimuatnaik di laman Youtube.
Video tersebut telah menjadi viral di laman sosial Facebook dan mendapat banyak reaksi orang ramai yang mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan.
Topic Berkaitan
#Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib
#Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latif
#video pailang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan