awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelajar tingkatan dua disyaki terbabit kes pecah kedai, kereta di Ampang

Bernama
Bernama
12/12/2014
08:43 MYT
Tiga pelajar tingkatan dua disyaki terbabit kes pecah kedai, kereta di Ampang
Tiga pelajar lelaki tingkatan dua ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes pecah kedai dan pecah kereta di Jalan 2/2, Taman Cahaya. -Gambar fail
Tiga pelajar lelaki tingkatan dua ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes pecah kedai dan pecah kereta di Jalan 2/2, Taman Cahaya, Ampang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata dalam kejadian 2.45 pagi itu, anggota polis unit rondaan bermotosikal ternampak ketiga-tiga suspek sedang mengumpil pintu belakang sebuah kedai telekomunikasi.
Apabila polis menghampiri, mereka melarikan diri dengan menaiki tangga di bangunan itu tetapi dapat ditahan di tingkat tiga bangunan itu, katanya ketika dihubungi hari ini.
Hasil pemeriksaan terhadap mereka, polis menemui sebuah beg galas berisi pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.
"Ketiga-tiga suspek berusia 14 tahun itu mengaku memecahkan sebuah kereta Honda City di Jalan Pandan Cahaya, Ampang sebelum mengumpil pintu belakang kedai telekomunikasi itu. Namun mereka tidak sempat melarikan apa-apa daripada kereta itu kerana penggera berbunyi," katanya.
Ketiga-tiga remaja itu masih belajar di sebuah sekolah di Ampang dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Mereka ditahan reman lima hari mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Honda City
#pelajar
#taman cahaya
#tingkatan dua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan