awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pengunjung Pasar Kedai Payang positif COVID-19, orang ramai diingatkan berwaspada

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2020
08:06 MYT
Tiga pengunjung Pasar Kedai Payang positif COVID-19, orang ramai diingatkan berwaspada
Dari saringan yag dilaksanakan terhadap 126 penjual Pasar Kedai Payang, kesemua disahkan negatif COVID-19. - Gambar fail/Facebook
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengingatkan orang ramai di negeri itu agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan tiga pengunjung Pasar Besar Kedai Payang yang disahkan positif COVID-19 minggu lalu.
Pada masa sama, mereka yang kurang sihat, demam, batuk dan selesema diingatkan agar mengelakkan kawasan yang sesak.
"Seperti kita sedia maklum, dengan tiga kes pengunjung yang didapati positif COVID-19 itu menunjukkan kita sentiasa terdedah dengan risiko jangkitan lebih lebih lagi dengan bilangan pengunjung yang ramai yang pengamalan penjarakan fizikal susah dilaksanakan.
"Kerana itu saya ingin menyampaikan pesanan agar semua terus mengambil perhatian aspek keselamatan dan SOP," katanya melalui status di laman Facebooknya pada Isnin.
Jelasnya lagi, pada pagi Isnin, beliau juga telah menghubungi Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus bagi mengetahui status kes di Pasar Payang.
"Dari saringan terhadap 126 penjual Pasar Kedai Payang, kesemua disahkan negatif COVID-19," jelas beliau lagi.
Sumber Facebook ahmadamzad.hashim
Topic Berkaitan
#pengunjung
#Pasar Kedai Payang
#Kuala Terengganu
#positif
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan