awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga penyamun 'buru' mangsa lemah, bertubuh kecil dan bersendirian ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/01/2021
12:11 MYT
Tiga penyamun 'buru' mangsa lemah, bertubuh kecil dan bersendirian ditahan
Mohamad Farouk Eshak berkata, ujian air kencing juga mendapati kesemua mereka yang ditahan positif dadah jenis Amphetamin.
AMPANG JAYA:Mencari mangsa lemah, bertubuh kecil, bersendirian seperti wanita dan warga emas. 'Operasi' hanya dilakukan selepas pukul 8 malam.
Itu antara modus operandi sekumpulan penjenayah yang menyamar sebagai polis untuk melakukan samun di sekitar Taman Melawati, Ampang Jaya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, perkara itu terbongkar selepas penahanan tiga lelaki berusia 24 hingga 45 tahun secara berasingan.
Beliau berkata, tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang penganggur kira-kira pukul 10.30 malam pada 16 Januari lalu.
Susulan penahanan itu katanya, polis menahan dua lagi rakan sejenayahnya.
"'Siasatan mendapati mereka melakukan 'operasi' itu secara berkumpulan dengan memperkenalkan diri mereka sebagai polis.
"Ketika salah seorang daripada mereka memeriksa mangsa, seorang lagi suspek akan bertindak merampas barang milik mangsa dan melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Mohamad Farouk menambah, ujian air kencing juga mendapati kesemua mereka positif dadah jenis Amphetamin.
Beliau memberitahu, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 21 Januari depan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaaan iaitu samun berkawan dilakukan.
Jika disabit bersalah katanya, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
"Dengan penahanan mereka, kita yakin berjaya menyelesaikan tiga kes samun di kawasan Ampang Jaya. Pun begitu, kita masih mengesan rakan sejenayah mereka yang maih bebas," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis terdekat dengan segera.
Topic Berkaitan
#Ampang Jaya
#penjenayah
#menyamar polis
#menyamun
#Dadah
#Ujian air kencing
#samun berkumpulan
#Ketua Polis Negara
#Polis Diraja Malaysia
#IPD Ampang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan