awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga PPS ditutup, kesemua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang

Bernama
Bernama
15/04/2024
11:30 MYT
Tiga PPS ditutup, kesemua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
Salah seorang mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Balai Raya Bukit Balai, Durian Tunggal akibat banjir yang melanda. - Foto Bernama
MELAKA: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini ditutup secara berperingkat hari ini selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata PPS di daerah Alor Gajah di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal ditutup pukul 1 tengah hari, manakala PPS di Balai Raya Bukit Balai ditutup pada 3 petang tadi.
"PPS di daerah Melaka Tengah di Japerun Ayer Keroh telah ditutup lebih awal iaitu pukul 10 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, tiga PPS itu dibuka sejak malam tadi susulan beberapa kawasan dinaiki air akibat hujan lebat pada 4 petang semalam menyebabkan air sungai melimpah.
Antara kawasan terjejas di daerah Alor Gajah ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana, Kampung Bukit Balai, Taman Murai Jaya, Kampung Padang Keladi, Kampung Belimbing Dalam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal.
Sementara itu, di daerah Melaka Tengah, kawasan terjejas ialah Kampung Sungai Putat, Taman Melawis Bukit Beruang, Taman Ayer Keroh Heights dan Kampung Enam.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir melaka
#PPS
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
#dibenar pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan