Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai berhenti membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual yang boleh memudaratkan kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga produk berkenaan iaitu Sifu Kunyit Day Cream, Sifu Kunyit Night Cream dan JJ Skincare Glowhite Night Cream, dikesan mengandungi hydroquinone, tretinoin, betamethasone valerate dan merkuri.
Susulan itu, beliau berkata notifikasi produk berkenaan sudah dibatalkan dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
"Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
"Penggunaan produk mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Penjualan dan pengedaran produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta.
Tegas Dr Noor Hisham, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," kata beliau.
Dr Noor Hisham berkata orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik itu dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan buruk.
Beliau berkata betamethasone valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
"Hydroquinone pula menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
"Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan pula boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
"Merkuri pula dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan malah, ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf, menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.
Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) www.npra.gov.my atau melalui aplikasi 'NPRA Product Status' yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 25 2020

Noor Hisham berkata notifikasi produk berkenaan sudah dibatalkan dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia. - Gambar fail

MBI tidak batalkan operasi bazar Ramadan - Datuk Bandar
Setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat memandangkan kes COVID-19 masih lagi terkawal walaupun daerah Kinta berada dalam zon merah.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.

Sistem e-wages pastikan pekerja terima gaji tepat pada masanya - MEF
Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya.

Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara
Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.

Denda tinggi ke atas pemburu haram pastikan harimau Malaya tidak pupus
Enam pelan kodusif bersama agensi berkaitan diharapkan dapat menangani krisis kepupusan Harimau Malaya.

'Flying Sikh' kembali beraksi, janji kembalikan kegemilangan rali
Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Asing Diri Dalam Gua | Kaji kehidupan dalam kegelapan
Ketika dunia sedang menjalani perintah berkurung, kuarantin dan pengasingan kendiri, sekumpulan saintis dan penjelajah dari Perancis dengan suka rela mengasingkan diri di sebuah gua di Pirenis. Matlamatnya adalah untuk lebih memahami kesan pengasingan diri dan kekurangan cahaya pada waktu siang.

Kerjasama Altimet, pengurus tubuhkan syarikat pengurusan sendiri
Pengalaman hampir 35 tahun berada dalam industri membuatkan mereka bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh.

Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP
Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.

Pemalsuan Sijil | Bekas kerani bank babit kerugian RM1.435 juta
Seorang bekas kerani bank mengaku bersalah atas 55 pertuduhan menipu pelanggan dan memalsukan dokumen berkaitan pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) membabitkan kerugian kira-kira RM1.435 juta. Tertuduh, Mohd Sufian Talib, 36 tahun membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman mengikut Seksyen 420, 465 dan 467 Kanun Keseksaan.

Kes baharu COVID-19 kekal 4 digit, Selangor catat 535 kes
Malaysia merekodkan 1,739 kes baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu, sekali gus menjadikan kumulatif kes positif ketika ini adalah 360,856 kes.

COVID-19: 9 kluster baharu di 6 negeri libatkan tempat kerja, komuniti
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam daripadanya merupakan kluster tempat kerja dan baki tiga lagi kategori kluster komuniti.

COVID-19: 1,510 kes baharu, 8 kematian direkodkan
Selangor menjadi negeri yang merekodkan pertambahan kes tertinggi iaitu 415 kes, diikuti Sarawak (296) dan Kelantan (171).

COVID-19: 1,854 kes baharu, Sarawak catat jangkitan tertinggi
Sebanyak 20 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

COVID-19: 1,285 kes baharu, empat kematian direkodkan
Malaysia merekodkan sebanyak 1,285 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 355,753 kes.

COVID-19: 10 kluster baharu, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

COVID-19: 1,139 kes baharu, empat kematian
Daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

KKM kenal pasti 10 kluster baharu, kebanyakan libatkan kluster tempat kerja
KKM kenal pasti 10 kluster baharu melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti serta kluster keagamaan dan tahanan.

5 kematian baharu akibat COVID-19, ini tumpuan kenyataan media KKM hari ini
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media KKM pada 6 April.

COVID-19: 1,300 kes baharu, lima kematian
Malaysia merekodkan sebanyak 1,300 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 353,329 kes.