KUALA LUMPUR: Selepas 105 hari melakukan pengembaraan berbasikal dari Kuala Lumpur, tiga rakyat Malaysia termasuk pasangan suami isteri berjaya tiba di Madinah, Arab Saudi pada Jumaat lepas (19 April) dalam misi menunaikan rukun Islam kelima, ibadat haji.
Ketiga-tiga mereka ialah Ahmad Mohd Isa, 36, isterinya Noradilah Mohd Sapie, 37, dan seorang kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) Abdul Halim Talha, 57, tiba di destinasi selepas menempuh perjalanan sejauh 12,000 kilometer (km).
Ahmad berkata kayuhan kali ini lebih singkat berbanding kayuhan sama sembilan tahun lepas kerana matlamat utama ialah melakukan haji selain separuh perjalanan pula terpaksa menggunakan kenderaan seperti kereta api, kapal terbang, feri dan kereta atas faktor yang tidak dapat dielakkan.
“Pada 2016, saya dan isteri ketika itu baru lepas berkahwin dan pengembaraan berbasikal lebih kepada berbulan madu dengan membabitkan 14 negara yang mengambil masa setahun tiga bulan untuk sampai ke Makkah sebelum menunaikan ibadat umrah.
“Tapi pengembaraan kali ini lebih berfokus iaitu menunaikan haji yang membabitkan laluan tujuh negara dengan lima bulan sahaja masa yang diambil untuk sampai di sini (Madinah),” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Mereka melalui Thailand sebelum mengambil penerbangan ke India dan menyambung kayuhan ke Pakistan dan Iran dan kemudian menaiki feri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan terus berkayuh ke Arab Saudi.
Bercerita lanjut, Ahmad berkata seorang lagi rakannya yang juga bekas wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Che Saad Nordin, 74, yang berbasikal bersama pada peringkat awal, tidak dapat meneruskan kembara kerana faktor kesihatan dan cuaca sejuk ketika tiba di Pakistan sekitar Januari lepas.
Menurutnya, walaupun berpengalaman berbasikal menjelajahi Malaysia sebanyak 22 kali, namun faktor geografi pergunungan dan cuaca sejuk menjejaskan kesihatan Che Saad.
“Ketika memasuki Pakistan, cuaca sejuk dengan suhu di bawah 10 darjah Celsius menyebabkan kesihatan Pak Ad (Che Saad) merosot dengan batuk berpanjangan, hilang selera makan, jadi menjadi halangan kepadanya untuk berkayuh (basikal) dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
“Selepas perbincangan bersama dan mendengar nasihat doktor supaya tidak meneruskan kayuhan basikal, Pak Ad bersetuju mengambil tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Alhamdullilah, selepas tiba di tanah air dan mendapat rawatan susulan, kesihatannya kini bertambah baik,” katanya.
Sementara itu, mereka turut menghasilkan poskad berilhamkan setiap negara yang dijelajahi bagi menampung kos haji dan menurut Ahmad, sehingga kini sebanyak 1,558 keping berjaya dijual dengan nilai lebih RM141,000.
“Ada beberapa pilihan yang ada dalam usaha kami untuk menunaikan haji ini dan antaranya melalui visa mujamalah dari Kedutaan Arab Saudi yang diberikan kepada agensi atau pengelola haji terpilih dari Malaysia,” katanya.
-- BERNAMA
TAG: basikal, haji, Ahmad Mohd Isa, Madinah, Arab Saudi, kayuhan
Bernama
Mon Apr 22 2024
Ahmad (kiri) berkata kayuhan kali ini lebih singkat berbanding kayuhan sama bersama isteri (kanan) sembilan tahun lepas kerana matlamat utama ialah melakukan ibadat haji. - Facebook Ahmad Isa
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Tiga rakyat Malaysia kayuh basikal tiba di Madinah
Ahmad Mohd Isa, Noradilah Mohd Sapie dan Abdul Halim Talha tiba di destinasi selepas menempuh perjalanan sejauh 12,000km.
Warga emas kayuh basikal lebih 200km cari rezeki
Selain mengambil upah untuk membolehkannya membeli makanan, dia juga mendapat ihsan daripada jiran-jiran yang memberikan makanan kepadanya.
Wanita kayuh basikal ambil upah beli barang demi tanggung keluarga
Setiap hari bermula jam 7.30 pagi, Zurina mengayuh basikal di sekitar kampung untuk membantu penduduk membeli barangan keperluan harian.
Sanggup kayuh basikal lebih 15 km untuk lepas 'gian'
Seramai 26 orang telah ditahan dalam Op Perdana Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri di Krubong, Melaka, pada Khamis.