awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas kayuh basikal lebih 200km cari rezeki

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2023
02:00 MYT
Warga emas kayuh basikal lebih 200km cari rezeki
Mat Zin menyara hidup dengan mengambil upah membersihkan kawasan. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Perit perjalanan hidup seorang lelaki warga emas untuk mencari sesuap nasi hingga sanggup mengayuh basikalnya lebih 200 kilometer ke Terengganu bagi mendapatkan upah mencuci kawasan.
Mat Zin Mahamud, 70, berkata, dia tidak mempunyai anak kerana tidak pernah berkahwin dan hidup bersendirian di rumah pusaka di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa di sini.
“Saya dalam perjalanan nak ke Paka, Terengganu. Ada kawan di sana nak bagi saya kerja.
“Saya diberi upah RM20 hingga RM30 setiap kali melakukan kerja-kerja mencuci kawasan seperti di lokasi perumahan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Khamis.
Menurut lelaki itu, empat adik-beradiknya sudah lama meninggal dunia akibat pelbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.
Kata Mat Zin, selain mengambil upah untuk membolehkannya membeli makanan, dia juga mendapat ihsan daripada jiran-jiran yang memberikan makanan dan minuman kepadanya.
“Basikal ini saya beli untuk pergi buat kerja bersihkan kawasan.
“Saya tiada siapa-siapa di dunia ini. Ibu bapa saya sudah lama meninggal dunia, tetapi bapa tinggalkan rumah yang boleh saya duduki,” ujarnya sebak. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#kayuh basikal
#Mat Zin Mahamud
#membersih kawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan