ALOR SETAR: Kudrat dikerah dengan mengayuh basikal setiap hari untuk mengambil upah membeli barangan basah untuk penduduk kampung terutama warga emas. Semua itu dilakukan demi menyara keluarganya.
Demikian rutin harian yang ditempuh Zurina Md Zain, 46, yang hanya menerima upah antara RM5 hingga RM10 sehari, selepas terpaksa mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga selepas suaminya, Halim Bakar, 54, disahkan menghidap kanser limfoma pada 29 Mac lalu.
Zurina berkata, setiap hari bermula jam 7.30 pagi, dia akan mengayuh basikal di sekitar kampung untuk membantu membeli barangan keperluan harian penduduk yang tidak dapat keluar rumah di kedai berhampiran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Katanya, rezekinya bertambah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kota Setar sejak 19 Mei lalu apabila ramai yang tidak dapat keluar kerana pergerakan terhad.
Katanya, upah harian yang diperolehinya tidak mencukupi untuk menampung keperluan, namun Zurina tetap berjimat untuk memastikan pembelian barangan harian tidak membazir.
"Pagi keluar pada pukul 7.30 pagi. Lepas tu pi tanya mak cik nak beli apa.. lepas tu pi market beli barang. Kadang ada yang lebih tu dapatlah RM5, atau RM2 macam tu sajalah.
"Kadang ada mak cik sebelah, anak dia kan jarang balik, kitalah tolong pi beli barang," ujarya.
Menurut Zurina, upah yang diberi penduduk kampung itu disimpan untuk kegunaan harian dia sekeluarga memandangkan suami tidak boleh bergerak dan hanya menggunakan kerusi roda manakala selebihnya dia banyak berbaring di rumah.
Suaminya sebelum ini bekerja sebagai nelayan di Kuala Kedah menyara mereka sekeluarga termasuk ibunya, Fatimah Mat Isa, 75, yang tinggal bersama di rumah pusaka mereka di Kampung Tengah, Kuala Kedah.
Pasangan ini mempunyai dua anak yang masih bersekolah iaitu Suhaimi, 11, dan Nur Shahira Halim, 8.
Zurina berkata, suaminya dikesan menghidap kanser selepas kesihatannya mula terganggu pada Mac lalu dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Katanya, suaminya kemudian menjalani pembedahan untuk memotong usus bagi memudahkan pembuangan najis pada 31 Mac lalu.
"Klinik-klinik swasta semua pi yang kali akhir tu depa (mereka) tak mahu terima sebab dia jalan bongkok teruk dah, nak naik katil pun tak boleh. Lepas tu pi hospital, tak tunggu dah, operate terus kerana doktor kata ada ketumbuhan dalaman yang dah pecah. Limfa dia, hempedu semua sudah dibuang," ujarnya.
Kini suaminya terpaksa memakai beg stoma setiap hari dan selepas selesai tugas harian, Zurina akan pulang untuk mengurus suami dengan membersihkan badan serta membersihka najis.
Katanya, beg stoma yang dipakai suaminya perlu ditukar apabila sudah penuh dan memerlukan kos yang banyak untuk membelinya.
Setiap bulan Zurina terpaksa menyediakan RM500 kos untuk beli beg stoma dan membawa suami ke HSB bagi mendapatkan rawatan selain penyediaan susu khas yang agak mahal.
Penderitaan ditanggung Zurina mendapat perhatian Pengerusi Cancer Survivor Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menyampaikan sumbangan untuk meringankan bebanan ditanggung keluarga ini.
"Kita bagi bantuan segera dahulu masa dia masuk wad. Kita bagi bantuan tunai sebab nak (digunakan) untuk perbelanjaan harian. Mereka juga terpaksa membeli beg stoma yang bernilai RM190 sekotak. Mereka tak mampu. Mereka beli satu dalam RM5 atau RM8 sekeping.
"Bantuan yang kita beri ini untuk bantu ringankan beban. Pesakit (suami Zurina) juga tidak dapat makan jadi dia kena minum susu. Kos satu tin susu dalam RM80-RM90. Itu pun memang tak mampu (beli), maka ini pun telah kita berikan," jelas Zuraini.
Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Zurina Md Zain bernombor 02108-41-10000390-3.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jun 16 2021
Menurut Zurina, upah yang diberi penduduk kampung yang dibantunya itu disimpan untuk kegunaan harian dia sekeluarga. - Astro AWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Wanita kayuh basikal ambil upah beli barang demi tanggung keluarga
Setiap hari bermula jam 7.30 pagi, Zurina mengayuh basikal di sekitar kampung untuk membantu penduduk membeli barangan keperluan harian.