awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga remaja lemas, mangsa terakhir ditemui

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/02/2024
09:40 MYT
Tiga remaja lemas, mangsa terakhir ditemui
Sebelum itu mangsa kedua, G Sarath ditemui pada pukul 12.40 tengah hari, sekitar 500 meter dari lokasi kejadian. - Foto JBPM
MANJUNG: Mayat mangsa ketiga yang lemas di Sungai Sempit Kampung Tanjung Batu Segari, Pantai Remis, Perak pada petang Isnin ditemui jam 5.05 petang Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa, T Eishwarpillai, 16, ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dia dipercayai lemas.
Menurutnya, mayat mangsa terakhir itu ditemui terapung selepas air pasang dan teknik membuat olakan air menggunakan bot dilaksanakan.
Dengan penemuan tersebut, kesemua tiga sekawan yang lemas ketika memancing dan mandi manda di Sungai Sempit ditemui.
Mangsa pertama, Chew Darumaraj, 14, ditemui pada pukul 9.05 pagi Selasa, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
Mangsa kedua, G Sarath, 16, ditemui pada pukul 12.40 tengah hari, sekitar 500 meter dari lokasi kejadian, tersangkut pada jaring nelayan.
Dalam kejadian petang Isnin, tiga rakan itu hilang ketika dikatakan sedang memancing dan mandi manda di Sungai Sempit.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, cuba menyelamatkan seorang rakan yang lemas dipercayai menjadi punca ketiga-tiga remaja hilang di sungai.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 3.37 petang mengenai kejadian tersebut.
Selain bomba, agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Persatuan Nelayan Batu 3 Segari turut digerakkan secara bersepadu.
Unit anjing pengesan atau Unit K9 dan Unit Drone dari JBPM turut dilibatkan untuk membantu gerakan mencari dan menyelamat mangsa.
Topic Berkaitan
#tiga remaja lemas
#mayat terakhir ditemui
#Sungai Sempit
#bomba perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan