awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga remaja perempuan ditahan tunggang motosikal secara berbahaya

Bernama
Bernama
14/03/2024
12:35 MYT
Tiga remaja perempuan ditahan tunggang motosikal secara berbahaya
Tiga remaja perempuan yang mendakwa mereka daripada 'kelab motosikal Awek Melaka' ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tiga remaja perempuan yang mendakwa mereka daripada 'kelab motosikal Awek Melaka' ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata penahanan itu susulan klip video memaparkan tiga remaja terbabit melakukan aksi Superman yang dimuat naik seorang individu di aplikasi X (Twitter) pada 5.34 petang, 10 Mac lepas.
"Bertindak atas maklumat, semalam, unit risikan/operasi JSPT Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Melaka Tengah mengambil tindakan untuk mengesan mereka yang terlibat di sekitar Melaka dan menahan tiga remaja berusia 16 hingga 18 tahun itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu pihaknya turut merampas motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang disyaki digunakan mereka dalam kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata hasil soal siasat mendapati kesemua yang ditahan adalah daripada kumpulan kelab berkenaan dan kesemua ahli menetap di sekitar Melaka.
Mohd Azman berkata ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang secara konvoi dari sebuah kedai makan di Serdang, Selangor dan menjadikan lebuh raya PLUS sebagai tempat melakukan aksi berbahaya tersebut kerana terpengaruh sesama sendiri.
Dalam pada itu beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan tujuh saman atas pelbagai kesalahan jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Remaja perempuan
#tunggang motosikal secara berbahaya
#JSPT Bukit Aman
#kelab motosikal Awek Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan