Kegembiraan tujuh sekeluarga berkelah di kawasan air terjun Lata Cakah di sini berakhir dengan tragedi selepas tiga daripada mereka meninggal dunia kerana lemas.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata seorang daripada mereka Asiah Zakirah Abd Rahman, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Setiu.
Katanya dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari itu, ketika sedang leka mandi-mandi, bapa saudara mereka mendengar suara meminta tolong dan sebaik tiba di tempat kejadian, ketiga-tiga mereka telah tenggelam manakala seorang lagi berjaya diselamatkan oleh orang ramai.
"Dengan bantuan orang ramai tiga mangsa telah dijumpai, seorang meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi dikejarkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut," katanya kepada Bernama.
Katanya kira-kira pukul 2.41 petang, Fatin Atirah Ahmad Sabri, 20, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan dan kira-kira dua jam selepas itu seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar perubatan di Mesir Asma Saari, 21, meninggal dunia.
Sementara mangsa yang diselamatkan, Maisarah Saari, 19, dilaporkan stabil namun masih menerima rawatan, katanya dan menurutnya kesemua mereka berasal dari Kelantan.
Bernama
Thu Jul 28 2016

Seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Setiu. - Gambar fail

Kumpulan pertama vaksin AstraZeneca dijangka tiba pada suku kedua tahun ini
Presiden AstraZeneca bagi Malaysia Dr Sanjeev Panchal berkata syarikat itu akan terus memenuhi komitmennya dalam menyediakan akses yang meluas dan saksama tanpa keuntungan.

PM Thailand gesa pihak berkuasa kaji sijil atau passport vaksin untuk pelancong
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Selasa mengarahkan pihak berkuasa berkaitan mengkaji sijil vaksin COVID-19.

HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini
HSBC minta bank pusat membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 4 Mac.

COVID-19: Kes positif global lebih 114.6 juta, korban 2.54 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 114.69 juta kes.

AATF untuk pelupusan kenderaan secara lestari - JAS
AATF akan menjalankan peleraian komponen terutamanya komponen yang mengandungi buangan terjadual daripada kenderaan yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Kementerian Pengangkutan.

Penculikan | 279 pelajar diculik di asrama, dipulangkan
Ratusan pelajar sekolah di Nigeria yang diculik dari sekolah berasrama penuh di Zamfara minggu lalu telah dibebaskan semula pada Selasa. Menurut pihak berkuasa, seramai 279 kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Liga Hoki Malaysia | Tiga pemain THT perlu kemuka surat bebas COVID-19
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, ia bagi memastikan mereka benar-benar sembuh, sekali gus mengelakkan risiko jangkitan kepada pemain lain.

Penerima Organ | Jenazah Mohd Afiq selamat disemadikan
Jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad, 23, penerima hati pertama negara selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, kira-kira jam 6 petang tadi.

Ekonomi negara dijangka pulih pada suku ketiga - Pakar
Ekonomi negara dijangka pulih pada suku ketiga. Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma melihat, pemulihan itu akan berlaku dengan pantas sekiranya rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard, SOP dengan ketat.

Gelembung Sukan | KHM tidak kompromi pasukan langgar SOP
Tindakan mengantung pasukan mungkin boleh dipertimbangkan jika didapati prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

Tiga sekeluarga meninggal dunia akibat lemas di air terjun Lata Cakah
Kegembiraan tujuh sekeluarga berkelah di kawasan air terjun Lata Cakah berakhir dengan tragedi selepas tiga daripada mereka meninggal dunia kerana lemas.