awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sesat di Bukit Cerakah ditemui selamat

Bernama
Bernama
17/01/2017
04:52 MYT
Tiga sesat di Bukit Cerakah ditemui selamat
Seramai 16 anggota bomba dari Balai Kota Anggerik dan Shah Alam mencari dengan melalui laluan yang telah digunakan mangsa ketika mendaki bagi menyelamat mereka. - Gambar hiasan
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Cerakah di Jalan Pulau Angsa, Seksyen U10, di sini ditemui dalam keadaan selamat pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada polis kira-kira pukul 12.27 tengah malam sebelum melancarkan operasi mencari dua lelaki dan seorang wanita yang berusia lingkungan 60-an.
"Mangsa terdiri daripada seorang lelaki warga Nigeria dan pasangan suami isteri (rakyat) tempatan.
"Seramai 16 anggota bomba dari Balai Kota Anggerik dan Shah Alam mencari dengan melalui laluan yang telah digunakan mangsa ketika mendaki bagi menyelamat mereka," katanya.
Beliau berkata pasukan penyelamat kemudian menemui kesemua mangsa dalam keadaan selamat kira-kira 9.55 pagi tadi tanpa sebarang kecederaan. --Bernama
Topic Berkaitan
#bukit cerakah
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
#mendaki
#Mohd Sani Harul
#sesat
#warga Nigeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan