awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak

Bernama
Bernama
30/12/2012
14:09 MYT
Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak
Tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta Mercedes Benz di Kilometer 24 Jalan Johor Baharu-Mersing, dekat sini, tengah hari tadi.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada 12 tengah hari itu ialah Ating Dasa, 25, dan dua anak saudaranya Brigeson Megong, 10, dan Laire Tifany Gasah, 7 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata Ating yang memandu kereta tersebut meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua anak saudaranya meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, di sini.
"Kereta Proton Iswara yang dipandu Ating dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Beliau berkata Proton Iswara itu turut dinaiki dua anak lelaki Ating berusia dua dan mereka sekeluarga dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Kota Tinggi.
Che Mahazan berkata dua anak mangsa dan pemandu kereta Mercedes Benz itu yang cedera parah dirawat di hospital sama.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Johor Baharu
#Kota Tinggi
#Mersin
#Supt Che Mahazan Che Aik
#tiga maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan