awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump bertanggungjawab atas kematian rakyat Iran semasa rusuhan - Ali Khamenei
Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka India
Tanda tanya terjawab, anak sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga termasuk pelajar maut, kereta dinaiki bertembung dekat Kluang

Bernama
Bernama
07/09/2015
08:26 MYT
Tiga termasuk pelajar maut, kereta dinaiki bertembung dekat Kluang
Siasatan awal polis mendapati, kemalangan berlaku dalam keadaan kabus tebal dan Liew dipercayai gagal mengawal kenderaannya. - Foto Hiasan
Tiga termasuk seorang pelajar perempuan dan pembantu guru tadika maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung di kilometer 18 Jalan Kluang-Teck Wah Heng, Renggam, dekat Kluang, awal Isnin.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata pelajar yang maut dalam kejadian pada 7.10 pagi itu dikenali sebagai Goh Xin Girl, 17, rakan lelakinya Liew Shun Jie, 20, yang bekerja sendiri dan pembantu guru tadika Suziyani Samat, 33.
"Kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Viva yang dipandu Suziyani serta kereta Proton Wira yang dinaiki pelajar terbabit dan dipandu oleh Liew," katanya ketika dihubungi di sini.
Mohamad berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dari arah Simpang Renggam itu terbabas ketika melalui selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Viva yang dipandu Suziyani, dari arah Kluang.
Beliau berkata kesemua mangsa yang tersepit, dikeluarkan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam.
Katanya, ketika kejadian, Suziyani sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Simpang Renggam mengalami cedera parah di kepala dan badan, sementara Goh cedera di kepala dan kaki manakala Liew cedera di kepala, tangan dan kaki.
Menurut Mohamad, mayat dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk bedah siasat.
Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku dalam keadaan kabus tebal dan Liew dipercayai gagal mengawal kenderaannya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#ACP Mohamad Laham
#kemalangan
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan