awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga unit rumah kedai musnah terbakar

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
02/01/2023
00:45 MYT
Tiga unit rumah kedai musnah terbakar
Anggota bomba bertungkus lumus membantu memadam kebakaran deretan rumah kedai di Jalan Jengka 13, Bandar Pusat Jengka, dekat Maran pagi tadi. -JBPM Pahang
MARAN: Tiga unit rumah kedai jenis separuh kekal di Jalan Jengka 13, Bandar Pusat Jengka, di sini, terbakar dalam kejadian pada pagi Isnin.
Kejadian tersebut bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.59 pagi tadi.
Menurutnya, seramai 25 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka, BBP Temerloh dan BBP Kuala Krau dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, pihak bomba mendapati berlaku kebakaran tiga unit rumah kedai jenis separuh kekal yang musnah terbakar 100 peratus.
"Kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.
"Operasi pemadaman segera dijalankan dengan menggunakan empat aliran air bersumberkan tangki jentera bomba dan pili bomba berhampiran," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Jelasnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian yang terlibat.
Topic Berkaitan
#Bandar Pusat Jengka
#JBPM Pahang
#Ismail Abdul Ghani
#rumah kedai terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan