Tiga wanita Thailand maut, manakala tiga lagi cedera akibat kemalangan di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Timur, dekat Karak di Bentong awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Yusuf Unis berkata kemalangan pada 1 pagi itu, melibatkan dua kenderaan iaitu pacuan empat roda Toyota Hilux dan lori membawa muatan getah sekerap.
Mereka yang maut semuanya dipercayai berasal dari Narathiwat, dan setakat ini, hanya dikenali sebagai Yawiyah, 53, yang merupakan isteri pemandu Toyota Hilux, sepupunya Maskah, 49, dan rakan mereka Jantana, 43 tahun.
Manakala pemandu Toyota Hilux yang dikenali sebagai Mama, 55, dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bentong akibat parah di kaki dan tangan, memandangkan semua mangsa tersepit dalam kenderaan tersebut.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang hendak ke Kuala Krai, Kelantan telah hilang kawalan semasa menuruni selekoh berbukit di lorong kanan menyebabkanya terbabas ke kiri dan melanggar tembok.
"Lori itu kemudiannya terbalik lalu menghempap Toyota Hilux yang berada di lorong kiri sebelum menyeret kenderaan itu sejauh lebih kurang 100 meter dalam keadaan keempat-empat tayar lori ke atas," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Yusuf berkata pihaknya terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit yang mana warga Thailand itu berjaya dikeluarkan selepas hampir sejam, ekoran keadaan kenderaan tersebut yang remuk keseluruhan.
Manakala, pemandu lori yang berusia 31 tahun dan kelindan berumur 52 tahun, dengan kedua-duanya berasal dari Kelantan, dapat dikeluarkan daripada kepala lori itu selepas 45 minit.
"Pemandu lori parah di seluruh badan dan dikejarkan ke ICU Hospital Kuala Lumpur manakala kelindannya dihantar ke Hospital Bentong akibat parah di kaki, tangan dan tengkuk," katanya.
Katanya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat hari ini, dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41() Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 29 2019
Mereka yang maut semuanya dipercayai berasal dari Narathiwat. - Gambar hiasan
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Polis kenal pasti identiti sebenar mangsa maut kemalangan bas
Polis mengesahkan terdapat ralat berkaitan identiti seorang mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan membabitkan sebuah bas terbabas di Kilometer 51.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
Pelaburan tak wujud: 15 lelaki didenda RM10,000
Majistret turut memerintahkan kesemua tertuduh berumur 17 hingga 31 tahun itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
RMK12 : PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12.
Pahang catat hasil negeri RM911 juta setakat Sept - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang berjaya mencatat kutipan hasil negeri RM911 juta setakat September tahun ini.
Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara
Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut.
Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar
Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.
Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.
Pelajar pondok dikhuatiri lemas di Air Terjun Chamang
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas didakwa dihanyutkan arus deras semasa mandi di Air Terjun Chamang, Bentong hari ini.
Lelaki maut jatuh gaung di Genting Highlands
Seorang lelaki maut dipercayai akibat tergelincir sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di KM 1 jalan naik ke Genting Highlands, Bentong hari ini.
Tong gas meletup dalam kereta
Tiada kemalangan jiwa atau kebakaran berlaku di lokasi. Bagaimanapun kenderaan terbabit terjejas teruk.