awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga warga asing ditahan bantu siasatan video tular gaduh di asrama pekerja

Bernama
Bernama
08/07/2021
02:56 MYT
Tiga warga asing ditahan bantu siasatan video tular gaduh di asrama pekerja
Dua warga Bangladesh dan seorang warga Sri Lanka berumur antara 23 dan 33 tahun itu ditahan.
BATU PAHAT: Polis menahan tiga lelaki warga asing semalam, bagi membantu siasatan mengenai sebuah video tular kejadian pergaduhan sekumpulan pekerja di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Muhamad Izzudin Runggai berkata dua warga Bangladesh dan seorang warga Sri Lanka berumur antara 23 dan 33 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai video itu semalam.
"Mangsa adalah seorang lelaki warga Sri Lanka dan merupakan pekerja kilang itu. Dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Semalam, tular di media sosial rakaman video pergaduhan sekumpulan pekerja warga asing di sebuah asrama pekerja di Sri Gading.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gaduh
#Pekerja
#warga asing
#polis
#Tahan
#asrama pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan