awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga warga Indonesia maut, tiga cedera parah kemalangan di Lahad Datu

Bernama
Bernama
09/10/2025
15:40 MYT
Tiga warga Indonesia maut, tiga cedera parah kemalangan di Lahad Datu
Tiga warganegara Indonesia maut manakala tiga lagi cedera parah, selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Batu 18, Jalan Sandau petang tadi. - Foto Sinar Harian
LAHAD DATU: Tiga warganegara Indonesia maut manakala tiga lagi cedera parah, selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Batu 18, Jalan Sandau di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata mangsa yang maut, terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berumur antara 36 hingga 41 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.05 petang melalui talian MERS999 dan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 31 kilometer dari pusat bandar.
"Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit, terdapat dua wanita serta seorang lelaki juga warganegara Indonesia berumur antara 40 hingga 46 cedera parah dan dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sumsoa berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi ditamatkan pada jam 5.27 petang, setelah memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Indonesia
#kereta terbabas
#Batu 18 Jalan Sandau
#Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami