awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga warga Singapura dikompaun susulan penguatkuasaan Akta 672 - Nga

Bernama
Bernama
06/01/2026
10:18 MYT
Tiga warga Singapura dikompaun susulan penguatkuasaan Akta 672 - Nga
Nga menyampaikan ucapan pada Majlis Sentuhan Kejayaan Jabatan Kerajaan Tempatan di pekarangan tapak Pasar Awam Sungai Jarom, Jenjarom hari ini. - Foto Bernama
BANTING: Lima individu termasuk tiga warga Singapura dikenakan notis kompaun di Johor Bahru semalam susulan membuang sampah di tempat awam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata maklumat terbaharu itu diterima daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang menjalankan pemeriksaan di Johor, susulan penguatkuasaan Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada 1 Jan.
"Mereka ingat boleh (buang sampah di tempat awam), sekarang tidak boleh. Kita nak Singapura bersih, Malaysia lagi bersih," katanya ketika berucap pada Majlis Sentuhan Kejayaan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Tahun 2025 di Pasar Awam Sungai Jarom di sini hari ini.
Mengulas lanjut pada sidang media, Nga berkata sebanyak 120 'ulat sampah' dikenakan kompaun di ibu negara pada ambang tahun baharu dan tindakan perundangan seterusnya akan dilaksanakan pihak pendakwaan.
Mengenai pelaksanaan lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Selangor yang tidak tertakluk dibawah Akta 672, Nga berkata penguatkuasaan akan dilakukan pihak berkuasa tempatan.
Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta 672 berkuat kuasa 1 Jan tahun ini sebagai hukuman bagi menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 31 Dis lepas, memaklumkan pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat itu akan berkuat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, dan Kedah serta dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagi Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu yang tidak menggunakan Akta 672, pelaksanaan perintah berkenaan akan bermula secepat mungkin tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri masing-masing.
Hukuman itu dilaksanakan menerusi pindaan Akta 672 yang telah diluluskan Dewan Rakyat pada Ogos 2025 dan dibentangkan di Dewan Negara pada bulan sama.
Sementara itu, Nga berkata sebanyak 10 pasar di seluruh negara akan menjadi perintis destinasi pelancongan dan mercu tanda komuniti dalam usaha kerajaan untuk merancakkan lagi ekonomi negara dengan lebih RM10 juta diperuntukkan.
Menurut Nga, konsep reka bentuk setiap pasar diserahkan sepenuhnya kepada pertandingan reka bentuk secara terbuka dengan juri daripada pihak berkecuali manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama dengan Pertubuhan Arkitek Malaysia untuk memilih reka bentuk terbaik.
"Mereka akan pilih mana-mana seni bina terbaik mencerminkan identiti, warisan, budaya dan alam sekitar. Setiap negeri ada reka bentuk masing-masing disebabkan ada acuan sesuai dengan warisan serta budaya masing-masing," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nga berkata pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) akan diteruskan mengikut jadual ditetapkan Parlimen dan KPKT telah menerima maklum balas mengenai RUU itu daripada semua pihak.
"Saya serah kepada Jabatan Perdana Menteri... memang RUU (itu akan) diteruskan ikut jadual sebagaimana telah ditetapkan Parlimen. KPKT sentiasa bersiap sedia (untuk membentangkan RUU). Kita memang dah siap sedia tapi kita hormat kepada agenda (ditentukan) Parlimen," katanya.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#warga singapura
#buang sampah
#Nga Kor Ming
#Akta 672
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan