awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiger Stripes' wakili Malaysia di Oscars ke-96

Bernama
Bernama
05/10/2023
07:12 MYT
'Tiger Stripes' wakili Malaysia di Oscars ke-96
Di peringkat antarabangsa, filem itu memenangi Anugerah Grand Prix di Semaine de la Critique ke-62 sempena Festival Filem Cannes ke-76 di Perancis. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Filem cereka tempatan berjudul 'Tiger Stripes' dipilih secara rasmi mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-96 (Oscars) pada Mac 2024.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pemilihan filem itu telah dinilai dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Jawatankuasa itu terdiri daripada penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalaman melalui proses penilaian serta pematuhan kepada peraturan penyertaan yang ditetapkan oleh pihak penganjur Oscars.
"Semoga perkembangan ini menjadi penyuntik semangat kepada semua penggiat filem untuk terus mendukung misi kerajaan dalam usaha memperkasakan industri perfileman negara di peringkat global.
"Pada masa yang sama saya berharap usaha ini akan meningkatkan potensi penjenamaan serta pengantarabangsaan produk filem dan bakat kreatif negara yang berkualiti tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiger Stripes merupakan filem terbitan syarikat G Grrrl Pictures Sdn Bhd dan arahan pertama Amanda Nell Eu, dibintangi Zafreen Zairizal, Piqa, Deena Ezral, Jun Lojong, Khairunazwan Rodzy, Fatimah Abu Bakar, Shaheizy Sam serta ramai lagi.
Di peringkat antarabangsa, filem itu memenangi Anugerah Grand Prix di Semaine de la Critique ke-62 sempena Festival Filem Cannes ke-76 di Perancis.
Selain itu, Tiger Stripes turut menerima Anugerah Khas Penghargaan Juri (Special Jury Mention) bagi kategori Filem Cereka Pertama di Fantasia International Film Festival ke-27 di Kanada, masing-masing pada Mei dan Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tiger Stripes
#Anugerah Akademi ke-96
#FINAS
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan