awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tikam isteri akibat cemburu, suspek berdepan hukuman mati

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
08/04/2023
22:00 MYT
Tikam isteri akibat cemburu, suspek berdepan hukuman mati
Ketika kejadian, mangsa dikatakan membantu kakaknya menjual di sebuah gerai sayur di Jalan Pahlawan, Kepayan, sebelum didatangi suspek. - Foto PDRM
KOTA KINABALU: Seorang wanita maut selepas ditikam beberapa kali oleh seorang lelaki dipercayai suaminya di sebuah gerai sayur di Jalan Pahlawan, Kepayan, difahamkan akibat kes cemburu.
Dalam kejadian pada jam 1.30 petang semalam, mangsa yang berusia 38 tahun dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I menggunakan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2.21 petang.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan membantu kakaknya menjual sayur di kawasan tersebut sebelum didatangi suspek.
"Suspek bertindak menikam beberapa kali di bahagian belakang mangsa sebelum bertindak melarikan diri.
"Mangsa yang parah kemudian dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk tindakan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 2.21 petang," ujar Kalsom ketika dihubungi.
Susulan kejadian itu, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bertindak mengesan suspek berdasarkan maklumat yang diterima.
Menurut Kalsom, suspek yang juga merupakan warga asing berjaya ditahan pada jam 8.30 malam di Jalan Kepayan.
"Polis berjaya menyelesaikan kes ini tidak sampai 24 jam dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu.
"Turut dirampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan ketika kejadian oleh suspek," tambah Kalsom.
Suspek direman bagi membantu siasatan selain berhadapan dengan tuduhan membunuh dengan niat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori sekiranya sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#tikam isteri
#wanita maut ditikam suami
#gerai sayur
#Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan