Tikam pelajar: Suspek beri kerjasama, laporan bedah siasat terperinci sebulan lagi - KP Selangor

Datuk Shazeli Kahar berkata suspek berusia 14 tahun setakat ini memberi kerjasama terhadap siasatan kes. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
KLANG: Suspek yang dipercayai tikam pelajar perempuan sehingga maut di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, memberi kerjasama dalam siasatan kes itu, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.
Ringkasan AI
- Suspek kes tikaman pelajar perempuan di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, memberi kerjasama kepada siasatan polis, dengan jumlah saksi yang dirakam percakapan kini meningkat kepada 59 orang termasuk dua rakan mangsa.
- Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, memaklumkan laporan bedah siasat terperinci masih belum diperoleh dan dijangka siap dalam tempoh sebulan, manakala suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Polis Diraja Malaysia turut memperuntukkan seorang Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi setiap sekolah rendah dan menengah sebagai langkah keselamatan tambahan.
“Laporan berkaitan terutama daripada pakar patologi belum kita dapat, saya anggarkan dalam masa sebulan lagi baru kita peroleh maklumat bedah siasat terperinci. Kita akan cuba percepatkan.
“Jadi berikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” ujarnya dalam sidang media selepas Program Walkabout bersama Usahawan Little India sempena sambutan Deepavali di Jalan Tengku Kelana, di sini pada Khamis.
Selain itu, beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperuntukkan seorang pegawai untuk setiap sekolah rendah dan menengah bagi tujuan keselamatan.
“Kita memang ada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang dikhususkan untuk setiap sekolah,” jelas Shazeli.
Terdahulu pada Rabu, suspek direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami