awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok bukan platform terbaik luah pandangan - Faizal

Sinar Harian
Sinar Harian
12/09/2023
23:45 MYT
TikTok bukan platform terbaik luah pandangan - Faizal
Wacana Sinar Harian bertajuk 'TikToker perosak politik atau bukan? menampilkan (dari kiri) hos Ismail Adnan, Wan Mahussin Wan Zain, Faizal Rahman dan Ratu Naga di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Aplikasi TikTok bukan sebahagian platform terbaik meluahkan pandangan, sebaliknya, menjadi medan menghasut atau menyebarkan propaganda terutama isu politik, ekonomi dan sosial.
Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor, Faizal Rahman berkata, media sosial sememangnya berkuasa, namun TikTok menjadi daya penarik kerana menawarkan imbuhan kepada pengguna yang mencipta kandungan dalam aplikasi tersebut.
“Saya kurang setuju mengatakan platform ini lebih mudah untuk memberikan pandangan kerana sama sahaja seperti Facebook atau Instagram. Semua orang berhak meluahkan pandangan mereka.
“Kelebihan aplikasi ini hanya didorong oleh imbuhan yang memberi pulangan wang kepada pembuat kandungan terutama isu politik atau hal ehwal semasa semakin hangat diperkatakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Siri 412 yang bertajuk ‘TikToker perosak politik atau bukan?’ yang dihoskan oleh Ismail Adanan yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian pada Selasa.
Antara panel yang turut hadir, Penyedia Kandungan TikTok Pro Perikatan Nasional (PN), Ratu Naga dan Pengerusi Pertubuhan Idealis Anak Muda, Wan Mahussin Wan Zain.
Faizal Rahman
Faizal Rahman
Mengulas lanjut, Faizal berkata, terdapat segelintir pihak menjadikan media sosial sebagai tempat propaganda atau hasutan untuk meraih undi rakyat ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Beliau turut mengakui terpaksa mengambil masa lama bagi memasuki medium TikTok untuk berkempen kerana terdapat stigma bahawa aplikasi tersebut mempunyai elemen hiburan yang kurang sesuai digunakan sebagai tempat perbincangan berkaitan politik negara.
Ujarnya, dengan penggunaan aplikasi tersebut secara meluas memberi kelebihan kepada pihak PN yang ketika itu sangat aktif berkempen dan membiayai individu tertentu bagi meraih undi rakyat.
“Saya akui untuk memasuki platform TikTok kerana stigma aplikasi ini hanya digunakan sekadar untuk berhibur.
“Terdapat parti politik yang membayar individu untuk melakukan hasutan atau propaganda bagi meraih undi menggunakan platform TikTok.
“Perkara ini turut diakui sendiri oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bahawa Pakatan Harapan (PH) agak terlambat dalam memasuki arena TikTok untuk berkempen secara aktif semasa PRU15 lalu,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#TikTok
#platform media sosial
#sebar propaganda
#Wacana Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan