awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok uji pelekat AI baharu guna gabungan avatar, emoji

Amanz
Amanz
15/08/2025
05:15 MYT
TikTok uji pelekat AI baharu guna gabungan avatar, emoji
TikTok sedang menguji ciri AI baharu yang membolehkan pengguna menggabungkan avatar peribadi dengan emoji untuk menghasilkan pelekat ekspresif. -Amanz
TIKTOK sedang menguji ciri baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pengguna menggabungkan avatar peribadi dengan emoji untuk menghasilkan pelekat unik.

Ringkasan AI
  • TikTok sedang menguji ciri AI baharu yang membolehkan pengguna menggabungkan avatar peribadi dengan emoji untuk menghasilkan pelekat ekspresif.
  • Ciri ini membolehkan pengguna mencipta pelekat unik berdasarkan emosi seperti marah atau gembira, menggunakan gabungan avatar dan emoji.
  • Walaupun belum tersedia dalam aplikasi, ciri ini dijangka dilancarkan secara berperingkat sebagai sebahagian daripada usaha TikTok memperluas penggunaan teknologi AI.

Melalui ciri ini, pengguna boleh mencipta avatar mereka sendiri dalam aplikasi, kemudian memilih emoji untuk digabungkan menjadi pelekat yang boleh digunakan dalam kandungan TikTok.
Contoh penggunaan ciri ini telah dikongsi oleh seorang pengguna memetik laporan daripada social media Today, yang menunjukkan bagaimana gabungan avatar dan emoji dapat menghasilkan ekspresi yang lebih menarik.
Sebagai contoh, gabungan avatar dengan emoji marah akan menghasilkan pelekat yang menggambarkan seseorang sedang marah.
Semakan kami mendapati ciri ini masih belum tersedia dalam aplikasi setakat ini namun dijangka boleh diperkenalkan secara berperingkat dalam masa terdekat.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha TikTok untuk memperluaskan integrasi teknologi AI dalam aplikasinya. -Amanz
Topic Berkaitan
#TikTok
#ciri AI baharu
#pelekat unik
#avatar dan emoji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan